Nuffnang

Wednesday, March 24, 2021

Kegembiraan 11 calon SPM pergi bercuti bertukar tragedi!

 

Kegembiraan 11 calon SPM pergi bercuti bertukar tragedi! Kini baru faham kenapa arwah ulang 2 kali ungkapan ‘sekarang ni happy, selepas ni tak ada dah’

Kenangan 11 sahabat sebelum rakan mereka, Muhammad Asyraf (dua,kiri) meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya.

SETIAP pertemuan, pasti akan berakhir dengan perpisahan.

00:22
/
08:05
×

Begitulah kisah persahabatan 11 remaja ini yang merupakan rakan sekelas dari sebuah sekolah menengah di Johor.

Siapa sangka, detik gembira bercuti bersama-sama selepas tamatnya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjadi detik yang paling tragis dalam kamus persahabatan mereka.


Ini kerana salah seorang rakan mereka meninggal dunia akibat terbabit dalam kecelakaan jalan raya ketika sedang dalam perjalanan ke sebuah lokasi peranginan.

"Percutian yang terselit pemergian," demikian kapsyen pada sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pelayar yang sehingga kini meraih lebih 700,000 tontonan.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, Nur Aleya Natasha berkata sehingga kini dia dan rakan-rakan yang lain masih bersedih dengan tragedi yang menimpa sahabat mereka, Muhammad Asyraf Abdullah.



Riak wajah gembira Allahyarham Muhammad Asyraf ketika bercuti bersama rakan-rakannya, minggu lalu.

Mengimbas kembali detik duka yang berlaku pada 21 Mac lalu, gadis yang senang disapa sebagai Aleya berkata, mereka yang terdiri daripada 11 sekawan bercuti dan melakukan aktiviti riadah bersama-sama memandangkan selepas ini kesemuanya sukar bertemu dan membawa haluan masing-masing.

"Plan berjalan sebagaimana yang dirancang. Yang perempuan naik kereta, dan yang lelaki menunggang motosikal. Kami bertolak ke sebuah taman tema air di Desaru dahulu. Selesai mandi manda, kami bertolak ke sebuah homestay pula.

"Dekat homestay tu kami buat barbeku dan melepak di pantai yang memang terletak berdekatan. Arwah yang uruskan bab barbeku ni. Masa rekod video ucapan ketika barbeku, arwah ada kata 'semoga dapat result yang baik'.



Allahyarham Muhammad Asyraf (kanan) berkonvoi menaiki motosikal bersama rakan-rakan sekelasnya.

"Sedih sangat mengenangkan selepas ini kami tak dapat ambil keputusan sama-sama," kata gadis berusia 18 tahun dan berasal dari Johor Bahru ini.

Bercerita lebih lanjut, Aleya berkata selepas selesai bersarapan keesokan hari, kesemua mereka bercadang untuk mengunjungi Pantai Batu Layar terlebih dahulu sebelum pulang.

"Sebelum bertolak dari homestay, kami dah saling berpesan supaya bawa motor elok-elok. Dipendekkan cerita, kami yang berkereta tiba dahulu di pantai tu.

"Sambil menunggu kawan-kawan yang naik motor, tiba-tiba dapat WhatsApp daripada mereka beritahu Asyraf kemalangan. Mereka hantar gambar juga. Masa tu memang menggeletar, rasa serabut. Terus kami patah balik ke lokasi.

"Menurut rakan kami, arwah kemalangan dengan sebuah kereta yang nak masuk simpang. Dia terjatuh dan sebuah kereta lain tak sempat elak lalu melanggarnya. Ada seorang pengguna jalan raya sukarela tumpangkan keretanya untuk bawa arwah ke klinik berdekatan. Masa tu arwah masih bernyawa.



Kami bertuah ada sahabat sebaik arwah. Dia memang sering ingatkan kawan untuk jangan tinggal solat.

NUR ALEYA NATASHA

RAKAN

"Kami semua ikut ke klinik manakala dua orang rakan pergi buat report di balai polis. Lebih kurang setengah jam menunggu luar klinik, doktor beritahu Asyraf tak dapat diselamatkan," ceritanya sambil menambah, Allahyarham mengalami kecederaan parah di kepala.

Menurut Aleya, arwah Muhammad Asyraf tidak menunjukkan perubahan ketara sewaktu percutian, melainkan ada menyatakan rasa sedih kerana masing-masing bakal membawa haluan sendiri.

"Arwah gembira saja. Cuma dia ada keluarkan ayat 'Sekarang ni happy, selepas ni tak ada dah'. Dua kali arwah kata macam tu tapi kami tak rasa apa-apa pun.



Aleya dan rakan-rakan mengunjungi pusara Allahyarham Muhammad Asyraf.

"Masa tu fikir nak spend time dengan kawan-kawan dan nikmati momen gembira... tak mahu fikir perkara-perkara sedih. Tapi bila dia tak ada, barulah teringat semula ayat tu," ujar Aleya.

Katanya lagi, walaupun Muhammad Asyraf sudah tiada, namun grup WhatsApp mereka tetap tidak sunyi malah ketiadaan arwah 'diambil alih' oleh bapanya.

"Arwah merupakan anak sulung daripada dua adik beradik. Ayah arwah ambil alih nombor arwah dan selalu berhubung dalam grup tu. Ayahnya malah bahasakan dirinya sebagai 'ayah' kepada kami.



Allahyarham Muhammad Asyraf (kiri, belakang) disifatkan sebagai seorang yang menyenangkan serta sering mengingatkan rakan lain agar tidak lupa solat.

"Dia akan jemput kenduri tahlil, malah selalu ajak kami datang ke rumahnya untuk bersembang. Mungkin dia mahu menghilangkan rasa rindu terhadap arwah anaknya.

"Kami bertuah ada sahabat sebaik arwah. Dia memang sering ingatkan kawan untuk jangan tinggal solat... kalau ajak beriadah atau apa jua aktiviti, memang dia selalu tak berkira masa.

"Saya tak sangka video ni viral kerana memang muat naik untuk abadikan momen yang tak mungkin dilupakan kami semua. Pada mereka di luar sana, terima kasih doakan sahabat kami, Muhammad Aysraf Abdullah," katanya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung