Nuffnang

Saturday, March 27, 2021

Pesakit kanser tahap 4 tetap ‘push’ diri jual beg, biskut tampung kos rawatan

 

Pesakit kanser tahap 4 tetap ‘push’ diri jual beg, biskut tampung kos rawatan walau asyik fikir kematian - “Nak tolong, jangan sedekah duit”

Ailin didiagnos tahap empat kanser limfoma pada Februari tahun lalu.

KEHIDUPAN wanita ini bagaikan berubah sekelip mata apabila dia disahkan menghidap kanser limfoma tahap empat sekitar setahun yang lalu.

00:06
/
08:08
×

Menurut Wee Nurailin Farissa Mohammad Nawi Cheng, 24, dia sukar untuk percaya saat mendapat perkhabaran itu dan hanya berfikir mengenai ajal sahaja pada waktu itu.

"Pada November 2019 saya ada naik benjolan bisul di lengan. Selepas dibuang, saya juga ada jalani Pengimejan Resonans Magnetik (MRI). Pada waktu itu doktor suspek saya ada kanser.


"Pada Januari 2020, dapat tahu yang saya ada kanser limfoma. Saya sudah jalani pembedahan pada 25 Januari, tetapi kanser sudah merebak ke bahagian hati dan tulang.

"Kemudiannya pada Februari, saya disahkan sudah menghidap kanser tahap empat. Pada awalnya, hanya Allah yang tahu. Rasa gelap dunia.

"Saya hanya fikir mengenai kematian. Pada masa itu, saya tak tahu yang kanser boleh dirawat sebenarnya," imbas ibu kepada seorang cahaya mata itu.

Biskut yang dihasilkan oleh Ailin.

Mesra disapa Ailin, dia sudah menjalani rawatan kemoterapi fasa pertama dan dimaklumkan perlu menanggung kos rawatan fasa kedua pula yang bermula Oktober tahun lalu.

Jelasnya, dia enggan meraih simpati dengan meminta-minta, sebaliknya bersemangat untuk berusaha mengumpul wang sendiri dengan melakukan perniagaan beg dan biskut.

Bagi saya, kalau nak tolong, jangan sedekah wang... sebaliknya sokong perniagaan saya.

AILIN

"Saya ada minta bantuan, tetapi ia belum diluluskan lagi. Jadi saya ambil keputusan berniaga sebab tak nak meminta-minta.

"Andai kata bantuan diluluskan sekali pun, saya tak rasa ralat sangat sebab duit yang saya kumpul merupakan duit berniaga, bukan duit sedekah. Jadi saya boleh juga guna untuk anak saya juga.

"Awalnya saya jual beg. Tapi lama-kelamaan agak perlahan jualannya. Jadi saya buat keputusan untuk jual biskut sejak awal tahun ini.

Ailin (kanan) mengumpul semangat dengan kisah-kisah pejuang kanser lain yang ditemui di hospital ketika dia menjalani rawatan pada tahun lalu.

"Alhamdulillah, sambutan sangat bagus. Kalau banyak tempahan, saya push diri sampai buat 20 balang biskut dalam sehari," ujarnya lagi.

Menurut Ailin, dia juga terharu dengan sokongan netizen selepas dia banyak berkongsi kisah hidupnya di TikTok.

Selain dihujani kata-kata semangat dan doa, laman TikTok turut menjadi platform untuk dia membuat pemasaran biskut-biskut jualannya.

"Bagi saya, kalau nak tolong, jangan sedekah duit... sebaliknya sokong perniagaan saya. Saya sangat bersyukur dengan sokongan warga TikTok.

Ailin bersama suaminya.

"Saya terharu dengan komen yang diterima. Netizen kata mereka nak tengok lagi video-video saya. Dari situ, ia beri semangat untuk saya terus hidup.

"Terima kasih sangat-sangat, ada yang bayar lebih masa beli biskut. Saya sangat hargai sokongan mereka," ujarnya lagi.

Selain sokongan netizen, Ailin mengumpul semangat dengan mengambil inspirasi kisah-kisah pejuang kanser lain yang ditemuinya di hospital.

Bercerita mengenai dirinya, Ailin dan suami, Mohammad Amir Aizam Mohd Zain, 24, yang juga seorang tentera darat menetap di Mempaga, Pahang dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan berusia empat tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

3 comments:

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Kasihannya adik Ailin sekeluarga ni. Tapi JANGAN berputus asa kerana rawatan traditional juga penting. Cthnya Kunyit yg. telah dibuktikan sbg.Anti-Kanser/Bakteria.

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Lihat di - https://www.healthline.com/health/cancer/curcumin-and-cancer

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Lagi di - https://www.sciencedaily.com/releases/2019/06/190620121404.htm

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung