Nuffnang

Monday, March 29, 2021

 

Tragedi awal pagi, rokok elektronik dalam beg pinggang meletup ketika lelaki memandu ke tempat kerja... duit turut hangus

Rokok elektronik milik Ajwad yang meletup pada Khamis lalu.

MALANG tidak berbau.

×

Itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan kisah jejaka ini apabila rokok elektronik yang baru dibelinya meletup pada Khamis lalu.

Menurut Ajwad Jaris, 22, dia pada waktu itu dalam perjalanan ke tempat kerja sebelum mendengar bunyi letupan kecil disusuli kepulan asap yang keluar daripada beg miliknya.


"Saya baru keluar nak pergi kerja dan sedang memandu kereta. Ketika keluar simpang, saya dengar bunyi letupan tiga kali.

"Ketika itu, saya pakai beg di bahagian pinggang. Saya fikir power bank yang meletup. Saya tak boleh nak hentikan kereta dengan mengejut, jadi saya campak beg ke bahagian kerusi penumpang.

"Saya buka tingkap untuk bagi asap keluar. Saya periksa beg dan mendapati power bank masih elok. Rupa-rupanya pod (rokok elektronik) yang saya baru beli dalam sebulan atau dua bulan lepas yang meletup," ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Ajwad, jejaka dari Temerloh, Pahang itu mendedahkan wang kertas RM10 sebanyak lima keping turut rosak akibat letupan itu.

Malah, beg yang dipakai turut tembus di bahagian depan manakala rokok elektronik itu turut musnah dalam kejadian berkenaan.

Beg yang dipakai Ajwad turut koyak akibat kejadian itu.

"Beg saya bocor di bahagian depan. Mujur tak bocor di bahagian perut tempat saya pakai beg itu.

"Duit sejumlah RM50 terbakar. Saya dah pergi tukar di bank dan berjaya dapatkan RM40. Lagi RM10 memang dah tak boleh tukar.

"Pod memang tak boleh guna terus. Syarikat pengeluar juga dah hubungi saya dan sedang siasat punca kejadian itu," ujarnya lagi.

Perkongsian Ajwad mengenai kisah itu menjadi tular selepas ia dikongsi di Twitter.

Ia kemudiannya turut dikongsi oleh pihak lain di Facebook sehingga dia menerima ribuan kecaman susulan kejadian itu.

Memang ada target nak berhenti terus, tapi perlahan-lahan saya cuba.

AJWAD

"Saya kongsi di Twitter, tak sangka akan viral. Kebanyakan orang di Twitter beri sokongan dan berkongsi panduan keselamatan.

"Tapi bila ada satu page kongsikan kisah saya di Facebook, saya lihat hampir 6,000 komen kecaman.

"Mereka kata, kalau tak pandai guna, jangan pakai, menyusahkan orang. Saya gelak tak berhenti baca semua komen. Tapi saya tak ambil hati.

"Cuma saya terfikir, macam mana artis boleh hadap kecaman macam ni. Nak balas satu-satu memang banyak. Jadi saya baca saja," ujarnya berseloroh.

Menurut penyelia tapak pembinaan itu, dia sudah menggunakan rokok elektronik sejak berusia 18 tahun demi menghilangkan ketagihan rokok.

7

Ajwad juga dihubungi pengeluar rokok elektronik itu dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Malah sehinga kini, dia sudah memiliki enam jenis rokok elektronik yang mana ini merupakan kejadian pertama seumpamanya.

"Saya dah guna enam pod. Kalau saya tak pandai pakai, yang pertama dulu mesti sudah rosak.

"Saya mula merokok selepas tamat sekolah. Kemudian saya beralih ke rokok elektronik untuk kurangkan ketagihan.

"Memang ada target nak berhenti terus, tapi perlahan-lahan saya cuba," ujarnya.

Sehingga kini, posting Ajwad di Twitter meraih lebih 7,000 ulang kicau (Retweet).

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung