Nuffnang

Tuesday, April 6, 2021

Bukan calang-calang orangnya... rela jalan kaki KL-Ipoh kerana seorang wanita, lebih tragis si dia larikan diri - "Abang Wan terkejut, terus hulur RM400"

 


Keow mengambil masa enam hari berjalan kaki dari Kuala Lumpur ke Perak.

PERJALANAN seorang jejaka berbangsa Cina dari Kuala Lumpur (KL) yang berjalan kaki sehingga ke Ipoh, Perak selama enam hari meraih perhatian ramai pengguna media sosial.

Lebih mencabar, Keow Wee Loong, tidak membawa sebarang wang ringgit dan hanya bermalam di tepi jalan sepanjang pengembaraan yang belum berakhir itu.

Terbaharu, video dikongsi jurugambar berusia 32 itu yang memaparkan seorang lelaki Kelantan dikenali sebagai Abang Wan turut menjadi tular.

Dalam video berkenaan, Abang Wan yang ditemuinya secara kebetulan di Tapah menawarkan wang RM400 setelah mengetahui kisah perjalanannya dari ibu negara.

"Saya berjalan dari KL dan tidak pasti tujuan sebenar. Saya berjalan sejauh yang saya mampu. Kini saya berada di Ipoh, 210 kilometer (km) dari kediaman saya.

Lelaki dikenali sebagai Abang Wan berkeras mahu memberikan wang buat Keow setelah mengetahui kisah dia berjalan kaki dari KL.

"Saya berjumpa Abang Wan di Tapah. Dia duduk bersebelahan saya sambil merokok. Saya cerita kisah diri sendiri dan kenapa saya berjalan.

"Apabila dia sedar saya berjalan dari KL, dia terkejut dan datang kepada saya memberikan RM400. Dia mahu saya buka beg dan simpan duit itu," ujar Keow kepada mStar.

Selain mendirikan khemah di kawasan R&R, Keow juga tidur di bawah jambatan di tepi jalan dalam perjalanan itu.

Ujarnya, dia menolak pemberian ikhlas itu dan sudah menganggap Abang Wan seperti saudaranya sendiri atas budi baik yang ditawarkan menerusi perkenalan singkat itu.

Jelasnya lagi, Abang Wan juga berkeras agar dia menerima wang berkenaan sehingga mereka berdua menjadi perhatian individu lain di lokasi itu.

Dalam perjalanan ini saya temui ramai orang Malaysia yang baik hati sehingga membantu saya keluar dari masalah depresi.

KEOW WEE LONG

"Saya memulakan perjalanan tanpa sebarang duit. Tapi saya gembira untuk tinggalkan semua harta. Abang Wan kata ambil duit itu, tak usah kata apa-apa.

"Saya kata, saya anggap dia seperti abang. Sebab itu saya tak boleh terima wang berkenaan. Kami ibarat bergaduh sehingga orang tengok dan mula menghampiri," ujarnya yang mengimbas pertemuan itu pada Jumaat lalu.

Dalam pertemuan sama, Keow turut menghadiahkan Jalur Gemilang buat Abang Wan untuk disimpan sebagai kenangan pertemuan dan perkenalan mereka.

Keow banyak memanjat bangunan tinggi dalam Malaysia dan luar negara.

Tambahnya lagi, dia turut ditawarkan bantuan duit dari beberapa individu sepanjang perjalanan itu, namun hanya mahu menerima makanan dan minuman sahaja.

"Bukan Abang Wan sahaja yang mahu hulurkan wang. Sepanjang enam hari perjalanan, saya tidur di tepi jalan. Saya kata saya berjalan dari KL, ramai yang nak tolong.

"Mereka terkejut dan cuba membantu. Ada juga saya tidur di bawah jambatan. Jika ada kawasan Rehat dan Rawat (R&R), saya akan dirikan khemah," ujarnya yang membawa beg seberat 15 kilogram (kg) dalam perjalanan itu.

Antara bangunan yang pernah dipanjat pemuda berusia 32 tahun itu.

Dalam pada itu, Keow mengakui dia berhadapan tekanan perasaan sehingga membawa kepada pengembaraan solo itu.

Ujar Keow, dia mahu memohon maaf kepada seorang wanita dikenali Lim Siang Hui yang banyak bersamanya sewaktu susah dan senang selama ini.

"Saya mahu minta maaf kepada Lim Siang Hui dan berharap dia maafkan saya. Depresi saya menyebabkan dia melarikan diri. Saya tak tahu bagaimana untuk mencarinya.

Ujar Keow, ramai yang bermurah hati dan mahu menghulurkan bantuan buatnya.

"Disebabkan depresi, saya sakiti dia... kerana itu dia pergi. Sebab ini juga saya berjalan. Dalam perjalanan ini saya temui ramai orang Malaysia yang baik hati sehingga membantu saya keluar dari masalah depresi," ujarnya.

Bagi mereka yang mengenali rapat Keow, dia bukanlah individu biasa sebaliknya pernah menjadi perhatian ramai sebelum ini gara-gara aksi beraninya yang memanjat pencakar langit di seluruh dunia termasuklah Marina 101 di Dubai, Shanghai 101 di Dubai dan The Exchange 106 di ibu negara.

Selain bangunan, dia juga pernah memanjat roda ferris di Perancis dan jambatan tinggi di negara China.

 grup Telegram mStar!

1 comment:

MURNI SANTI said...

SAYA MENYAMBUT ANDA SEMUA DI HALAMAN INI
INI CERITAKU

Saya MURNI SANTI, Seorang wanita, ibu, saudara perempuan dan teman dari (Bekasi), Indonesia, saya adalah REAL ESTATE MANAGER dan saya telah mengalami banyak tekanan keuangan akhir-akhir ini, tidak ada yang mau meminjam kami uang untuk menyelesaikan proyek komersial kami yang telah dibangun beberapa bulan sekarang. Saya telah ditipu oleh beberapa perusahaan peminjaman palsu yang mengklaim sejumlah besar uang dari saya tanpa kami tidak menerima pinjaman.

Saya frustrasi, suami saya mencoba yang terbaik dan membantu, saya akan bunuh diri karena rasa sakit itu, itu terlalu berat untuk ditanggung dan saya kehilangan semua harapan, sampai saya diperkenalkan dengan SEMUA PINJAMAN HIBAH GLOBAL sebuah perusahaan pinjaman yang disponsori oleh bank dunia itu sendiri.

Saya memutuskan untuk mengajukan pinjaman dan memang menghubungi perusahaan, petugas bagian pinjaman mereka yang benar-benar memberi saya harapan dan mengatakan kepada saya untuk tidak khawatir perusahaan akan meminjamkan uang kepada saya, bahkan ketika jumlah yang saya butuhkan sangat besar, dan semua yang bisa saya berikan kepada mereka persyaratan yang merupakan beberapa informasi pribadi, yang saya lakukan.

Saya menjalani semua proses, mereka berjanji untuk meminjamkan uang yang saya minta setelah mengonfirmasi bahwa saya memenuhi syarat untuk pinjaman, saya diminta untuk menunggu, yang sangat mengejutkan saya adalah pinjaman masuk ke akun saya dan saya mengkonfirmasinya .. Perusahaan kembali secara finansial dan keluarga saya baik-baik saja, ini membuat hidup saya lebih baik, saya bersyukur kepada Allah dan kepada SEMUA PINJAMAN HIBAH GLOBAL
GMAIL ..... allglobalgrantloan@gmail.com

UNTUK MENGHUBUNGI KU
NAMA Perusahaan: SEMUA PINJAMAN HIBAH GLOBAL EMAIL Perusahaan: allglobalgrantloan@gmail.com
Whatsapp Perusahaan: +1(301)971-4445
Nama Saya: MURNI SANTI
Email Saya: murnisanti55@gmail.com

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung