Nuffnang

Monday, April 12, 2021

Karya kreatif barista ini bukan calang calang... siap perkenal Terengganu di mata dunia, raih pengiktirafan Apple, National Geographic


Karya kreatif barista ini bukan calang calang... siap perkenal Terengganu di mata dunia, raih pengiktirafan Apple, National Geographic

Kata Muif, dia gembira apabila hasil gambar dan video yang dikongsi menerusi platform Instagram dan TikTok meraih reaksi positif netizen.

SERBA boleh.

Mungkin itulah ungkapan paling tepat untuk menggambarkan kisah lepasan ijazah dalam bidang Matematik Pengkomputeran ini.

Najmuddin Muif Zulkifli, 26, kini bekerja sebagai barista di sebuah kafe di Gong Badak, Terengganu.


Namun, bakat kreatif yang dipamerkan menerusi foto dan video ternyata mencuri perhatian ramai pengguna media sosial.

Ketika dihubungi mStar, dia yang mesra disapa Muif sempat bercerita mengenai kisah hidupnya yang mana hobi kreatif itu sudah bercambah sejak zaman sekolah lagi.

"Saya dulu belajar bidang Matematik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seremban, Negeri Sembilan. Sekarang saya kerja sebagai barista.

Muif merupakan seorang barista di Gong Badak, Terengganu.

"Saya ambil gambar sebagai hobi untuk kepuasan diri. Memang minat sejak zaman sekolah. Tapi saya tak buat secara serius, sekadar suka-suka sahaja.

"Dulu saya membesar di Pahang. Tahun lepas keluarga saya berpindah semula ke kampung halaman kami di Terengganu. Sejak itu saya jatuh cinta dengan negeri ini.

"Ada banyak tarikan semula jadi seperti pantai, pulau dan air terjun. Memang kena dengan jiwa saya," ujarnya yang turut berkebolehan menerbangkan dron.

Saya terharu, ada yang kata mereka tak pernah tahu mengenai lokasi-lokasi di Terengganu yang saya tunjukkan dalam gambar dan video.

MUIF

Menurut Muif, dia bersyukur apabila dikelilingi rakan yang turut mempunyai minat sama sehingga mereka sanggup bergerak ke serata negeri demi mencari kepuasan tersendiri.

"Ada kawan-kawan yang jenis suka ambil gambar juga. Kami biasanya tiada perancangan. Selalu last minute, terus pergi cari tempat lawa-lawa.

Hasil karya Muif yang dipaparkan oleh pihak National Geographic di laman web mereka.

"Boleh dikatakan gigih juga. Sanggup bangun seawal 3 pagi untuk kejar matahari terbit. Sanggup hiking bukit awal pagi.

"Banyak cabaran. Kalau nak ambil visual dalam air, saya kena menyelam. Kena ambil risiko. Free diving je dalam air," ujar anak ketiga daripada tujuh beradik itu.

Kata Muif, dia gembira apabila hasil gambar dan video yang dikongsi menerusi platform Instagram dan TikTok meraih reaksi positif netizen.

Muif merupakan anak jati Terengganu yang dibesarkan di Pahang.

"Selain sahabat-sahabat yang selalu bersama, saya juga nak berterima kasih kepada netizen yang ikuti saya di media sosial.

"Ramai yang mesej, bagi kata-kata positif dan sebagainya. Saya terharu, ada yang kata mereka tak pernah tahu mengenai lokasi-lokasi di Terengganu yang saya tunjukkan dalam gambar dan video.

"Pernah juga dapat komen orang dari Thailand dan Kanada, mereka bertanyakan mengenai lokasi-lokasi itu. Saya dengan penuh rendah diri rasa bangga sebab dapat perkenalkan negeri ini kepada orang luar," katanya lagi.

Muif merupakan lepasan Ijazah dalam bidang Matematik Pengkomputeran.

Untuk rekod, hasil karya Muif juga pernah menjadi bualan ramai apabila dia terpilih untuk dipaparkan oleh pihak Apple pada tahun ini.

Selain itu, foto di Langkawi yang dirakam oleh Muif turut dipaparkan oleh National Geographic pada tahun 2020.

Ujarnya, dia terkejut dengan pengiktirafan itu dan komited untuk terus berkarya pada masa akan datang.

Antara hasil karya oleh jejaka berusia 26 tahun itu.

"Video saya yang dirakam di Bukit Marak (Terengganu) pernah dipaparkan di Instagram Apple. Kemudian gambar ketika di Langkawi disiarkan di laman web National Geographic.

"Memang terkejut bila dapat tahu pada waktu itu. Macam tak percaya. InsyaAllah saya merancang untuk terus berkarya di Terengganu dan luar Terengganu pada masa akan datang," ujarnya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

6 comments:

Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) said...

SAYSBGbya, GRADUAN IT Orabg Asal ISLAM/MELAYU kita - kena kerja jadi BARISTA shj.!! Muif - JANGAN BUANG MASA dgn. FOTOGRAFI ni!!

Mari kita hasilkan seramai GRADUAN2 Muda JUTAWAN Islam/Melayu kita - hanya dengan menjadi Youtuber yg. KREATIF & UNIK!!

Dah jadi JUTAWAN Youtuber - boleh MELABUR buat BIZ lain yg. lebih CANGGIH!!

Di - https://www.snap.my/blogs/videografi/asal-pembantu-rumah-kini-gaji-tahunan-rm1-juta-hasil-upload-video-youtube-guna-smartphone

Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) said...

Kelas2 ONLINE di Saiful Nang Academy, yg. amat MURAH ($50 cthnya), mcm. mana nak buat VIDEO H/P & jadi YouTuber Jutawan, Insya Allah!!

Di - https://www.snap.my/products/kelas-video-shooting

Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) said...

Lagi di - https://www.snap.my/blogs/videografi/bagaimana-youtuber-boleh-dapatkan-income-setanding-doktor-pakar

Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) said...

Lagi di - https://www.snap.my/blogs/videografi/video-rakam-guna-smartphone-jer-pun-boleh-dapat-views-dekat-1-juta

Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) said...

Bayangkan, asalkan anda KREATIF, RAJIN, BIJAK & UNIK - TAK perlu MODAL $Beribu, hanya MOBIL H/P anda ASASnya!! Kalau nak tambah lebih ilmu, boleh ambil kelas ONLINE murah ni, yg. ditawarkan ANAK2 MUDA Islam/Melayu KREATIF & BIJAK kita!!

Apalagi ANAK2 MUDA - rebut peluang ni!!

Di -
https://www.snap.my/blogs/videografi/5-tips-buat-video-viral-di-youtube-sebagai-panduan-untuk-semua-content-creator

Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) said...

https://youtu.be/3NjnAOiBOlY - Contoh VIDEOGRAFI Youtuber yg. amat MENARIK oleh RARETV bawah Saiful Nang Akademi ni!!

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung