Nuffnang

Saturday, May 1, 2021

Tedia !!! Berhenti belajar sebab tak mampu beli kasut sekolah

 

Berhenti belajar sebab tak mampu beli kasut sekolah, jejaka ini sebak imbas kisah seekor ikan dijamah 8 sekeluarga... siapa sangka kini simpanan cecah 6 angka!

Asyraf pada tahun lalu mula menjalankan perniagaan dan sama sekali tidak menyangka kehidupannya berubah 360 darjah.

JIKA diimbas semula segala kisah hidupnya, pasti air mata mengalir di pipi.

Kerana faktor kemiskinan, hasratnya untuk bergelar guru Bahasa Melayu juga terkubur apabila hanya sempat menjejakkan kaki ke tingkatan enam selama seminggu sahaja.

Menurut Asyraf Khairiey Othman, 24, dia pada waktu itu mengambil keputusan untuk berhenti sekolah dan melakukan kerja-kerja kampung bagi menyara kehidupan keluarga.

"Seminggu ketika minggu orientasi tingkatan enam, saya pakai selipar ke sekolah. Cikgu suruh beli kasut tapi saya tak mampu.

"Apatah lagi nak bayar yuran. Memang sedih, tapi saya ambil keputusan untuk berhenti. Hidup dulu memang susah.

"Tak boleh nak gambarkan perasaan bila terpaksa lupakan impian. Nak salahkan famili pun tak boleh. Kita tak minta berada dalam situasi ini.

Asyraf berjaya memiliki sebuah kereta selepas memulakan bisnes tahun lalu.

"Lepas berhenti, saya jual nasi bungkus untuk budak sekolah. Pagi-pagi saya ambil upah hantar anak orang ke sekolah, RM4 untuk satu trip. Kemudian saya tolong ayah bela ayam," ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Asyraf, dia juga pernah bekerja sebagai jurujual dan turut berniaga makanan ringan di hadapan rumah.

Namun pada tahun lalu, dia mula berniaga produk kecantikan dan sama sekali tidak menyangka kehidupannya berubah.

Kita kena nekad untuk ubah nasib diri. Jangan jadikan kesusahan sebagai penghalang.

ASYRAF

"Saya mula bisnes pada tahun 2020. Bermula dengan wang RM300 untuk jadi ejen, Alhamdulillah rasa macam mimpi sekarang.

"Yang pertama, wang simpanan dah nak menjejak enam angka. Alhamdulillah dapat beli sebuah Perodua Myvi.

Asyraf bersama ibunya.

"Buat masa sekarang, saya juga tanggung keluarga. Memang tak terkata, tak pernah mimpi jadi macam ni.

"Dulu saya fikir, bagaimana nak cari kerja? Saya kena bersaing dengan lepasan universiti yang lain. Tak sangka Allah bagi rezeki macam ni," ujarnya sebak.

Menurut anak bongsu daripada enam beradik yang menetap di Tumpat, Kelantan itu, dia kini fokus untuk membantu keluarganya.

Jika dikenang semula susah perit yang dilalui, Asyraf berkata dia juga pernah menitiskan air mata sebelum ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Pernah seekor ikan kami sekeluarga berkongsi makan. Tipu kalau tak pernah menangis. Cuma kita kena ada matlamat dalam hidup.

Enggan menyalahkan takdir, Asyraf nekad mengubah nasib diri dan keluarga.

"Kepada sesiapa yang senasib dengan saya, kita kena nekad untuk ubah nasib diri. Jangan jadikan kesusahan sebagai penghalang," ujarnya.

Asyraf turut berkongsi kisah sedihnya itu menerusi TikTok.

Di aplikasi itu, Asyraf lebih dikenali sebagai 'Abe Ngepek' dalam kalangan pengikutnya kerana gemar memuat naik video sedang membebel.

 Telegram mStar!


1 comment:

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

ALHAMDULILLAH! Tapi adik Asyraf - beli dulu RUMAH selesa utk. MAK & AYAH, apalagi semasa masih BUJANG, sbb. bila dah kahwin, ramai ANAK2 lupa daratan!

HARTANAH juga lebih PENTING dr. KERETA2 MEWAH!!

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung