Nuffnang

Friday, June 18, 2021

77 individu beri keterangan isu program ‘All Together Now Malaysia’, kata polis

 

77 individu beri keterangan isu program ‘All Together Now Malaysia’, kata polis


Program pencarian bakat terbitan Astro Production itu disiarkan pada 6 Jun dan mengundang pelbagai reaksi selepas juri terbabit dirakam tanpa memakai pelitup muka.

PUTRAJAYA: Seramai 77 individu termasuk juri selebriti dan peserta program hiburan televisyen “All Together Now Malaysia” (ATNM) memberi keterangan kepada polis berhubung isu ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Polis Daerah Putrajaya, A Asmadi Abdul Aziz, berkata seramai 50 juri, 25 peserta dan dua pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya sejak 8 Jun lepas untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes itu.

Beliau berkata, keterangan pegawai KKM terbabit adalah untuk membantu siasatan jika wujud kesalahan berdasarkan bukti yang ada.

“Siasatan masih lagi dijalankan,” katanya kepada media menerusi aplikasi WhatsApp hari ini mengenai perkembangan kes itu.

Program pencarian bakat terbitan Astro Production itu disiarkan pada 6 Jun dan mengundang pelbagai reaksi selepas juri terbabit dirakam tanpa memakai pelitup muka.

Pada 11 Jun lepas, Ketua Polis Daerah Putrajaya ketika itu Mohd Fadzil Ali memaklumkan bahawa semua pihak yang terlibat dalam program ATNM akan dipanggil bagi membantu siasatan.

Mohd Fadzil berkata, siasatan dijalankan mengikut Peraturan 18 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan Pemulihan) kerana tidak mematuhi SOP perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP).

Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit berbahaya.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung