Nuffnang

Saturday, June 12, 2021

“Bukan mudah nak masuk penjara terbesar dunia” - Rakan NGO percaya Ebit Lew selamat

 

“Bukan mudah nak masuk penjara terbesar dunia” - Rakan NGO percaya Ebit Lew selamat, kongsi pengalaman pernah 36 kali cuba masuk Gaza tapi tak lepas

Sani (kanan) bersama arwah Abdul Aziz (bekas naib presiden Mapim) ketika masuk ke Gaza pada 2018.

MAJLIS Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) percaya Ustaz Ebit Lew dan rombongan kemanusiaannya selamat di Kaherah.

Memilih untuk tidak memberi komen lanjut mengenai status dan 'kehilangan' Ebit yang kini sedang menjadi tanda tanya, Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Sani Araby berkata dia percaya Ebit mungkin masih berada di Kaherah kerana untuk melepasi sempadan ke Sinai bukan satu tugas yang mudah.

“Kami sudah 12 tahun berada dalam bidang ini, kami tahu dari Kaherah, Mesir nak ke Rafah sangat susah, masa saya pergi tahun 2019 ada dekat 40 checkpoints yang dijaga tentera elit Mesir sebab semenanjung Sinai ini merupakan kawasan hot zone.

“Kita tak boleh pergi terus, saya ada pengalaman walaupun sudah ada surat pelepasan dari kerajaan Mesir sekali pun, separuh jalan, kami disuruh pulang sebab di kawasan sana dipimpin tentera bukan kerajaan memandangkan ia kawasan panas.

“Saya rasa Ustaz Ebit Lew selamat di Kaherah... dia mungkin tidak dapat melintas dan saya doakan dia bersama kumpulannya selamat di sana. Setahu saya dia masih belum lagi melintasi semenanjung Sinai,” katanya ketika dihubungi mStar.

Menurut Sani lagi cabaran yang dihadapi pihak NGO dalam usaha membantu penduduk Gaza secara tidak langsung telah menyatukan hampir 20 buah NGO Malaysia untuk berada di bawah payung MyAqsa Defenders dan lebih 100 lagi NGO lain duduk di bawah Aid For Palestine.

“Semua ni sebab kita tahu kalau kita tidak bersatu hati perjuangan kita akan makan masa sangat panjang, kadang boleh sampai tiga tahun,” ujarnya.

Sani berkata, walaupun Mapim kini tidak boleh keluar untuk membantu masyarakat di Gaza, bantuan kemanusiaan masih diteruskan.

“Sekarang hampir semua NGO tak boleh keluar, Mapim sudah buat permohonan lebih empat kali, ikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan tapi tetap tak boleh keluar.

“Walaupun kita tak boleh pergi ke sana, kita ada pengalaman, jadi ia (bantuan) boleh lakukan secara remote.

“Sebab kita nak masuk Gaza ni bukan semata hantar bantuan tapi ia adalah misi solidariti, mana-mana NGO yang berjaya masuk tu adalah satu kemenangan moral kerana penduduk dunia berjaya masuk ke Gaza yang digelar penduduknya sendiri sebagai penjara terbesar di dunia,” katanya.



Sani diiringi tentera Mesir melalui semenanjung Sinai untuk ke Rafah pada tahun 2018.

Tambah Sani, Mapim sudah menghantar sejumlah tiga kontena barang, seminggu sebelum Aidilfitri dan 20 lagi kontena berisi makanan serta ubat-ubatan akan dihantar lebih kurang dua minggu lagi.

“Kontena tersebut mengandungi barangan bantuan asas seperti hygiene pack, tepung gandum, peralatan dapur dan perabot rumah, bantuan untuk orang kurang upaya, tilam dan katil, water tank, ubat-ubatan dan bekalan minyak untuk hospital.

“Kami sudah hantar 10 ambulans, semuanya beli dari Mesir tapi sebab ada pengalaman, tahu kaedah dan kami ada rakan-rakan dari United Kingdom, Perancis yang membantu... yang pasti ambulans itu sekarang sudah pun digunakan,” katanya.



Sani melakukan sujud syukur setelah berjaya memasuki Gaza pada 2018. Mapim bersama deligasi antarabangsa lain merupakan NGO pertama yang berjaya masuk ke Gaza setelah pintu masuk ditutup sejak tahun 2015.

Malah katanya, Mapim akan melakukan pecah tanah bagi membina tiga apartment yang dijangka dapat memuatkan lebih kurang 100 penduduk di Gaza dalam masa terdekat.

Menurut Sani lagi walaupun dibenarkan kerajaan untuk ke luar negara, kebenaran untuk masuk ke Gaza tertakluk kepada kerajaan Mesir.

“Selalunya Mapim kalau dapat peluang untuk ke Gaza kita akan dimaklumkan hanya empat hari sebelum jadi boleh tengok (contoh) Heliza Helimi dan kami semua kelam kabut berlari ke lapangan terbang sebab walaupun permohonan dah hantar enam bulan awal, kelulusan hanya akan diberi empat hari sebelum.

“Jadi kami akan terus pergi ke Kaherah untuk tunggu deligasi dunia yang lain kemudian baru boleh masuk, tarikh itu ditentukan kerajaan Mesir kalau terlepas memang terlepaslah.

“Dari Kaherah ke Rafah, iaitu sempadan antara Mesir dan Gaza kita akan diiring oleh tentera Mesir, jadi kalau kita awal-awal dah terlepas memang tak boleh buat apa,” katanya.



Sani disambut oleh agensi dan kementerian setelah berjaya memasuki Gaza pada 2019.

Berkongsi pengalamannya bersama Mapim, aktivis kemanusiaan ini berkata dia pernah melakukan sebanyak 36 kali percubaan pada tahun 2014 namun gagal untuk memasuki Gaza.

“Kita doakan Ustaz Ebit Lew dan pasukannya dipermudahkan sebab kita tak tahu dia mungkin dapat peluang... tak boleh jangka, jadi kita hanya boleh doakan semoga semuanya dipermudahkan.

“Tapi seandainya tidak berjaya sekali pun itu tetap satu percubaan yang bagus.

“Pengalaman saya bersama Mapim kita pernah buat 36 kali percubaan masa tu bulan Ramadan dan mereka tengah berperang, jadi dari Kaherah nak seberang Terusan Suez untuk ke Rafah, kami diminta berpatah balik. Bila dah lepas Terusan Suez pun, tiba-tiba kena patah balik, saya pernah dapatkan surat kebenaran tapi masih tak lepas, jadi rakyat perlu faham, ini bukan kerja mudah, ” katanya.



Ladang Mapim di Gaza.

Dalam pada itu Sani turut menjemput Ebit untuk turut sama dalam gagasan NGO yang ada serta telah mempunyai tapak di Gaza bagi memudahkan urusannya menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung