Nuffnang

Monday, August 2, 2021

Tudia !!! Gadis Cantikk berang permintaan kecilkan payudara ditolak

 


Clemson mengalami pelbagai masalah fizikal termasuk sakit belakang disebabkan saiz payudaranya yang besar. – Instagram

Gadis berang permintaan kecilkan payudara ditolak

LONDON – Seorang gadis dari Britain yang ingin melakukan pembedahan mengecilkan payudara berang apabila permintaannya dihalang oleh Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) Britain, lapor akhbar New York Post, semalam.

Esme Clemson, 20, dilarang mengecilkan payudara bersaiz 32 JJ atas alasan umur dan dan berat badannya yang tidak diizinkan.

Gadis itu berkata, sebelum ini, dia mahu menjalani pembedahan itu kerana mengalami pelbagai masalah fizikal termasuk sakit belakang.

Saiz payudara Clemson didakwa adalah lapan saiz lebih besar daripada purata biasa gadis sebayanya.

Gadis itu mendakwa, dia sering digelar ‘payudara besar’ ketika berada di sekolah dan sehingga kini masih dibuli di jalan-jalan selain menerima pelbagai komen berbaur lucah mengenai bentuk badannya.

“Orang sering menjadikan payudara saya sebagai objek seks. 

“Saya sering dipanggil ‘payudara besar’ dan perkataan-perkataan jijik seperti itu. Ia agak menyakitkan hati,” ujarnya.

Disebabkan itu, pada tahun 2018, Clemson meminta untuk mengecilkan saiz payudaranya namun dihalang atas faktor berat badan dan umurnya. 

“Ini (payudara besar) bukan satu kelebihan,” ujarnya.

Buat masa ini, Clemson memohon sumbangan dana daripada orang ramai untuk melakukan pembedahan mengecilkan payudaranya. – AGENSI 

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung