Nuffnang

Friday, October 8, 2021

Perghh Tudia Aihh !!! Buah zakar disengat lipan

 

Ye terkejut apabila mendapati seekor lipan sedang menyengat buah zakarnya ketika dia tidur. – Getty

Buah zakar disengat lipan

KAOHSIUNG, TAIWAN – Seorang lelaki yang berbaring di atas lantai dalam keadaan bogel terjaga daripada tidur akibat kesakitan dan terkejut apabila mendapati seekor lipan sedang menyengat buah zakarnya, lapor akhbar Daily Star semalam.

Lelaki dikenali sebagai Ye itu memberitahu media tempatan bahawa dia yang tidur kerana  keletihan selepas mengemas rumah,  terjaga apabila berasa sakit pada bahagian buah zakarnya.

Dia kemudiannya mendapati seekor lipan sedang menyengat bahagian tersebut.

“Saya berasa terkejut dan pada asalnya ingin menghempap lipan itu menggunakan buku, namun menyedari bahawa saya tidak patut bertindak demikian,” katanya.

Menyedari bahawa tindakan menarik haiwan berbisa itu hanya akan memburukkan keadaan, Ye kemudiannya membunuh lipan tersebut menggunakan penumbuk tangannya.

Sengatan lipan itu mengakibatkan bengkak pada buah zakarnya, namun telah dirawat oleh pasukan perubatan.

Susulan kejadian itu, Ye diberitahu oleh syarikat penyedia insuransnya bahawa dia layak menerima pampasan kerana dianggap sebagai kemalangan. – Agensi  

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung