Nuffnang

Tuesday, November 16, 2021

Perghhh !!! Pengantin perempuan terima mas kahwin lori Hino

 


Lori Hino ini berharga berharga 1 bilion rupiah (RM292,997). – Instagram
Share on telegram

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan di wilayah Jawa Tengah, Indonesia menjadi sensasi internet kerana menerima mas kahwin berupa sebuah lori jenama Hino  berharga 1 bilion rupiah (RM292,997), lapor laman berita Merdeka semalam.

Menerusi sebuah klip video yang tular di media sosial, pasangan pengantin baharu itu dilihat duduk di kabin lori tersebut dengan memakai pakaian pengantin sambil melambai tangan.

Lori itu turut dihias dengan reben dan belon pada bahagian depan sebagai tanda hadiah.

ADVERTISING

“Berapa nilai mas kahwin anda? Seorang pengantin wanita menerima mas kahwin berupa sebuah kenderaan pengangkutan daripada suaminya,” kata keterangan pada video tersebut.

Video itu menjadi tular dengan ramai netizen meluahkan rasa kagum melihatkan jenis mas kahwin tersebut beserta harganya yang mahal.

“Dahsyat sekali mas kahwin berharga 1 bilion rupiah (RM292,997),” kata seorang netizen.


“Mungkin impian wanita itu adalah untuk memiliki sebuah lori,” kata seorang lagi. – AGENSI 

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung