Nuffnang

Saturday, December 25, 2021

Tudiaa !!! Pentas dangdut roboh akibat ‘terlebih muatan’

 

Bahagian tengah pentas itu roboh akibat terlebih tampungan.- TikTok

Pentas dangdut roboh akibat ‘terlebih muatan’

JAKARTA – Sebuah video yang menunjukkan pentas dangdut roboh akibat terlebih tampungan menjadi tular di laman sosial indonesia baru-baru ini, lapor laman Suara.com semalam.

Video tersebut dimuat naik oleh seorang pemilik akaun TikTok bernama @numa_silvya.

Dalam video itu, pada mulanya sebuah konsert dangdut dilihat sedang berlangsung seperti biasa.

Ads by Kiosked

Seorang lelaki kemudiannya naik ke atas pentas untuk menari. Tidak lama kemudian, beberapa olelaki lain turut sama naik ke atas pentas dan menari.

Kemudian, beberapa orang lelaki lagi turut sama naik ke atas pentas itu sebelum pentas itu tidak lagi mampu menampung jumlah orang di atasnya lalu roboh di bahagian tengah.

Mereka yang berada di atas pentas itu kemudiannya lari menyelamatkan diri.

Netizen yang menonton video tersebut kemudiannya meninggalkan pelbagai komen.

“Lakonannya bagus, mereka semua buat tak tahu selepas pentas roboh,” komen seorang netizen.

“MC (pengacara majlis) sedang memantau dalam keadaan resah,” komen seorang netizen lain. – AGENSI 

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung