Nuffnang

Friday, April 15, 2022

Lelaki maut terjatuh ketika sedang bergayut pada tali helikopter

 

TANGKAP layar memaparkan situasi seorang lelaki tergantung di udara setelah satu kemalangan kereta kabel berlaku di India. – The Sun


NEW DELHI – Seorang lelaki di India yang terlibat dalam kemalangan kereta kabel dilaporkan maut akibat terjatuh ketika sedang bergayut pada tali helikopter semasa diselamatkan pasukan penyelamat, lapor akhbar The Sun semalam. 

Mangsa yang tidak didedahkan identitinya itu diterbangkan menggunakan helikopter dari Bukit Trikut di daerah Deoghar. Satu rempuhan kereta kabel dilaporkan berlaku sebelum itu yang meragut tiga nyawa selain 50 pengunjung lain terkandas di udara.

Menerusi satu klip video, lelaki itu dilihat bergayut pada tali ketika pasukan penyelamat yang berada di atas helikopter cuba menariknya masuk.

Ads by Kiosked

Mangsa yang pada awalnya hampir berjaya diselamatkan dilaporkan hilang cengkaman pada tali yang dipegang, lalu terjatuh ke bawah.

Laporan tempatan mendakwa lelaki itu telah meninggal dunia namun ia masih belum disahkan oleh pihak berkuasa.

Dalam pada itu, tiga orang termasuk dua wanita dilaporkan maut akibat kecederaan yang dialami daripada kejadian pelanggaran kereta kabel itu.

Lapan mangsa kini sedang menjalani rawatan di Hospital Deoghar Sadar.

Operasi menyelamat telah dilakukan oleh tentera, Polis Sempadan Indo-Tibet dan Pasukan Tindak Balas Bencana Negara.

Pengurus kereta kabel dan pekerja-pekerja lain dilaporkan melarikan diri dari kawasan itu sejurus selepas kemalangan berlaku. – Agensi

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung