Nuffnang

Tuesday, April 26, 2022

Tudia !!!! Terlalu banyak aduan, SKMM panggil Aliff Syukri serta individu terlibat dalam MV ‘Kelepok Raya’

 


Annuar maklumkan mereka terlibat dalam MV dipanggil ke pejabat MCMC.

SUSULAN kontroversi video muzik (MV) lagu Kelepok Raya nyanyian usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bertindak memanggil individu terbabit dalam klip video berkenaan.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, individu yang dikenal pasti telah diberi notis dan diminta untuk hadir di ibu pejabat SKMM di Cyberjaya pada pagi Selasa.

"SKMM telah teliti di peringkat awalan, dan ada sebab untuk siasatan dilaksanakan, dan dengan itu satu kertas siasatan dibuka untuk siasat perkara ini bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.


Annuar memaklumkan mengenai perkara itu ketika ditemui media di Majlis Iftar Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) bersama MenKOMM (Menteri Komunikasi dan Multimedia) pada Isnin.

Klip video raya berkenaan yang memaparkan sekumpulan penari lelaki bersolek dan berperwatakan lembut mencetuskan pelbagai reaksi kerana dikatakan kurang sesuai untuk tontonan masyarakat.

aliff

Individu terbabit dalam MV diberi notis untuk hadir ke MCMC.

MV tersebut menerima kritikan ramai kerana dikatakan bertentangan dengan budaya Melayu dan orang Islam, lebih-lebih lagi ia ditayangkan ketika di bulan Ramadan.

Dalam pada itu, Annuar turut mengesahkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) menerima terlalu banyak aduan termasuk daripada Jabatan Perdana Menteri khususnya Hal Ehwal Agama dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung klip video itu.

Pada pagi Isnin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad turut memaklumkan klip video lagu raya yang dimuat naik oleh jutawan sensasi itu telah dirujuk kepada Jakim untuk dibawa kepada pihak berkuasa.

aliff u

MV lagu raya Aliff Syukri mengundang rasa kurang senang netizen.

Idris turut memberitahu dia terbuka untuk bertemu dengan pemilik video berkenaan sebagai tanda ingatan dan menjalinkan ukhuwah sesama Islam.

"Nasihat saya dengan penuh kasih sayang dan cintanya saya kepada insan-insan hebat yang mampu membangunkan ummah, agar klip video seumpama ini boleh dikeluarkan daripada disiarkan di mana-mana platform media, atau ia boleh di privasi hanya untuk tatapan peribadi pemilik video.

"Jika ada peluang, mungkin saya boleh bertemu mata bersama dengan empunya video ini, mungkin banyak perkara yang boleh dikongsi bersama. InsyaAllah," ujarnya. - The Star


TONTON VIDEO PILIHAN!

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung