Nuffnang

Sunday, May 8, 2022

Perghhh Sempoii Ka !!! Syarikat ‘wajibkan’ tidur siang setengah jam buat semua pekerja


TIDUR siang dipercayai meningkatkan prestasi dan produktiviti sebanyak 30 peratus. - PTI


NEW DELHI – Sebuah syarikat permulaan India telah mengambil inisiatif luar biasa apabila mengumumkan waktu tidur siang rasmi semasa bekerja untuk semua pekerjanya, lapor laman berita India Today.

Penyelesaian syarikat Wakefit itu membolehkan pekerja mereka menikmati tidur siang setiap hari selama setengah jam.

Dalam e-mel dalaman yang dihantar kepada pekerja baru-baru ini, pengasas bersama Wakefit, Chaitanya Ramalingegowda mengumumkan bahawa kakitangan kini boleh tidur sebentar di antara pukul 2 hingga 2.30 petang.

ADVERTISING
Ads by Kiosked

“Kami telah berada dalam perniagaan berkaitan amalan tidur sempurna selama lebih enam tahun tetapi masih gagal melakukan keadilan terhadap aspek rehat yang penting iaitu tidur siang.

“Kami sentiasa memastikan hal berkaitan waktu tidur diuruskan dengan serius tetapi mulai hari ini, kami akan mengamalkan perkara yang lebih baik,” tulis Ramalingegowda.

Kajian Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) yang mencadangkan tidur siang dikaitkan dengan prestasi dan produktiviti yang lebih baik.

“Kajian NASA mendedahkan bahawa catnap atau tidur siang sebentar selama 26 minit boleh meningkatkan prestasi sebanyak 33 peratus, manakala kajian Harvard menunjukkan bagaimana tidur siang mencegah keletihan,” ujar Ramalingegowda.

Bagi menjadikan inisiatif itu berjalan lancar, syarikat itu mengumumkan bahawa mereka akan meletakkan slot tidur siang pada kalendar untuk semua pekerjanya pada masa yang ditetapkan.

Poster yang dikongsi oleh syarikat itu juga memaklumkan bahawa mereka sedang berusaha ke arah mewujudkan ruang tidur siang yang selesa dan bilik yang tenang di pejabat untuk memastikan rehat yang tidak terhalang. – Agensi 

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung