Nuffnang

Sunday, July 31, 2022

Perghh !!! Wanita dikecam malu ambil seluar dalam di jalan raya

 

TANGKAP layar memaparkan senario sepasang seluar dalam jatuh ke atas jalan raya. - Instagram


JAKARTA – Seorang wanita mendapat kecaman netizen apabila mengaku malu untuk mengambil seluar dalamnya yang terjatuh di atas jalan, manakala video klip memaparkan kejadian itu tular di media sosial Indonesia, lapor laman berita Suara.com.

Video berkenaan dimuat naik dalam akaun Instagram @lagi.viral.

Wanita itu merakam detik sepasang seluar dalamnya berada di sebuah persimpangan jalan menggunakan kamera telefon bimbit. 

ADVERTISING

Dia mengaku malu untuk mengambil seluar dalam itu kerana ia jatuh pada kedudukan yang jauh dari jangkauannya.

“Saya jemur seluar dalam dan ia jatuh ke jalan raya. Nampaknya ditiup angin selepas dijemur. Sebaiknya perlu ambil atau tidak. Saya malu sumpah,” kata wanita itu.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen. Sebilangan netizen menyindir wanita itu kerana mengaku malu tetapi memuat naik video kejadian itu di media sosial.

“Malu untuk mengambilnya tetapi tidak malu untuk merakam dan berkongsi kepada ribuan orang, tidak masuk akal,” kata seorang netizen.

“Minta tolong sahaja kanak-kanak ambil kak,” komen netizen lain. – Agensi

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung