Nuffnang

Thursday, August 11, 2022

Perghh !!! Polis iring penyokong Perak FC keluar stadium

 

Penyokong Perak FC memasuki padang selepas berlaku insiden kekecohan selepas perlawanan saingan Liga Premier di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu petang tadi. FOTO MUSTAQIM MOHAMED


KOTA BHARU – Polis berjaya mengiringi dan membawa penyokong Perak FC yang terkepung di dalam Stadium Sultan Muhamad IV di sini keluar selepas terlibat dalam insiden provokasi dengan penyokong Kelantan FC sebentar tadi.

-ADVERTISEMENT-

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, penyokong pasukan itu menaiki tiga buah bas dan dua buah van ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini.

Menurutnya, polis juga dapat meleraikan kekecohan yang berlaku antara penyokong Kelantan FC dan Perak FC selepas perlawanan.

Ads by Kiosked

“Kekecohan tersebut dipercayai berpunca daripada provokasi antara penyokong kedua-dua pasukan.

“Tiada pergaduhan dan kecederaan berlaku dalam kejadian kira-kira pukul 7.10 petang itu,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Menurut Mohd. Rosdi, selain itu, pemain pasukan Kelantan FC dan Perak FC juga selamat diiringi keluar dari stadium ke penginapan masing-masing.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, perlawanan Liga Premier antara Kelantan FC menentang Perak FC di Stadium Sultan Muhammad IV petang tadi dicemari dengan insiden kekecohan melibatkan penyokong kedua-dua pasukan.

Kejadian dipercayai bermula apabila sekumpulan penyokong pasukan pelawat melakukan provokasi terhadap sekelompok penyokong tuan rumah pada penghujung perlawanan.

Keadaan semakin tegang apabila berlaku situasi berbalas balingan objek sehingga memaksa penyokong-penyokong Perak FC memasuki kawasan padang dan berkumpul di hadapan pintu gol.

Ads by Kiosked

Insiden itu menyebabkan penyokong Perak FC terperangkap di dalam stadium apabila penyokong Kelantan FC mengepung kawasan stadium sehingga menutup laluan keluar. – KOSMO! ONLINE.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung