Nuffnang

Friday, September 16, 2022

Berhati2 Gaiss !!! Lelaki disambar petir ketika bermain PlayStation

 

Rowan sedang bermain PlayStation apabila mendengar bunyi yang kuat diikuti rasa berat pada badannya. - stormstruckcosplay/Instagram
Share on telegra

LONDON – Seorang lelaki di Britain disambar petir ketika duduk di atas sofa sambil bermain permainan video PlayStation, lapor akhbar Mirror UK semalam. 

Aidan Rowan, 33, ketika kejadian sedang duduk di atas sofa apabila terdengar bunyi dentuman kuat diikuti dengan rasa berat pada badannya. Dia serta-merta jatuh dan mempunyai parut selepas kejadian itu. 

Apabila petir menyambar rumahnya di Oxfordshire, Rowan ketika kejadian sedang bermain permainan video dipanggil Stray di mana pemain perlu mengawal kucing semasa ribut petir.

Ads by Kiosked

“Terdapat bunyi guruh yang sangat kuat dan saya berasa berat pada seluruh badan. Saya juga berasa panas yang membakar di lengan kanan yang kini melecur,” kata Rowan kepada akhbar Metro UK.

Dia kemudian dibawa ke hospital oleh pasangannya bagi mendapatkan rawatan.

Sembilan doktor dari jabatan berbeza datang untuk memeriksa Rowan sebelum dia dipakaikan monitor jantung dan menjalani ujian darah.

Rowan diletakkan di bawah pengawasan selama beberapa jam sebelum dibenarkan pulang dengan beberapa jenis ubat untuk melegakan kesakitan.

Dia turut mempunyai beberapa parut di lengan kirinya dan melecur di tangan kanannya berikutan kejadian itu. 

Doktor percaya petir itu ‘memantul dari air dan masuk melalui tingkap’ di rumah Rowan. – AGENSI

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung