Nuffnang

Thursday, September 1, 2022

Perlawanan bola sepak terhenti, wanita masuk padang minta teman lelaki pulang

 

TANGKAP layar memaparkan senario seorang wanita masuk padang untuk mencari teman lelakinya. - Instagram


JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita berjalan ke tengah padang ketika perlawanan bola sepak diadakan untuk memanggil teman lelakinya supaya pulang, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @fakta.indo.

Kelihatan satu perlawanan bola sepak sedang berlangsung dengan ramai penonton menyaksikannya di luar padang.

Perlawanan tiba-tiba terhenti apabila seorang wanita yang memakai topi keledar berjalan masuk ke tengah padang menuju ke arah salah seorang pemain.

Penonton dan pengulas mula bersorak berikutan kehadiran wanita itu. 

Wanita itu rupa-rupanya ingin bertemu teman lelakinya. Pemain itu berasa janggal dan segera berjalan keluar padang bersama teman wanitanya.

Sorakan penonton semakin ketika pasangan itu beredar.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Kalau saya, saya berasa malu,” kata seorang netizen.

“Tiada adab apabila mengaibkan pasangan di khalayak ramai,” komen netizen lain. – Agensi

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung