Nuffnang

Saturday, September 24, 2022

Sadis !!! Penghantar barang maut, seorang parah kemalangan lima kenderaan

 

KEADAAN motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Haji Sirat, Klang hari ini.
Share on telegram

KLANG- Seorang penghantar barang maut selepas motosikal ditunggang dilanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dalam kemalangan yang tular di persimpangan lampu isyarat Jalan Haji Sirat di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 2 petang melibatkan lima kenderaan itu turut mengakibatkan seorang penunggang motosikal lain cedera parah.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, ketika kejadian kedua-dua lelaki berusia 34 dan 29 tahun itu sedang berhenti menunggu lampu isyarat.

Ads by Kiosked

Kata beliau, kemalangan berlaku ketika kereta Nissan X-trail mahu membelok ke kanan jalan tersebut.

“Pada waktu itu, sebuah lagi kereta jenis sama di laluan berkenaan mahu meneruskan perjalanan lalu berlanggar.

“Dua SUV itu kemudian terbabas dan masing-masing melanggar dua motosikal serta sebuah Proton Wira di laluan bertentangan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Jelas Vijaya Rao, perlanggaran itu mengakibatkan penghantar barang meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi dikejarkan ke hospital.

Tambah beliau, kedua-dua pemandu SUV berusia 20 dan 24 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikutvSeksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektpr Mohd. Fadli Ismail di talian 017-2141318 atau balai polis berdekatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung