Nuffnang

Sunday, October 16, 2022

Perghhh !!! Caprice tak tunduk desakan jangan campur kes jenayah seksual, bakal dedah lebih banyak bukti

 

Caprice tak tunduk desakan jangan campur kes jenayah seksual, bakal dedah lebih banyak bukti

Caprice akan terus membela nasib mangsa jenayah seksual terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.

PENYANYI rap Caprice tidak akan tunduk dengan desakan netizen yang mahu dia tidak mencampuri kes melibatkan seorang pendakwah selebriti atas tuduhan melakukan amang seksual.

Caprice atau Ariz Ramli, 34, berkata, dirinya lantang bersuara mengenai kes melibatkan jenayah seksual di bawah umur kerana sedar ia mengambil masa lama untuk dibawa ke mahkamah dan tidak mahu lebih ramai menjadi mangsa individu tidak bertanggungjawab.

"Biar kes mahkamah jalan. Kalau ikut timing Malaysia, mungkin dua hingga tiga tahu baru selesai. Itu pun kalau bukti kukuh.

"Dalam masa dua hingga tiga tahun itu bolehlah tambah lagi 10 sehingga 20 mangsa baru sebab keselamatan anak kita dekat sekolah tak penting. Aib lagi penting," katanya.

Caprice tidak kalis kecaman.

Caprice berkata demikian menerusi beberapa hantaran di Instastory miliknya.

Dalam pada itu, Caprice berkata, dia tidak kisah dengan kecaman oleh netizen kerana niatnya ingin menyedarkan masyarakat bahawa kes amang seksual dalam kalangan remaja bawah umur tidak boleh dipandang ringan.


Ini kerana kata Caprice, mangsa yang berdiam diri mungkin terpaksa hidup dalam keadaan trauma sehingga mereka dewasa.

"Mereka yang kecam saya dua tiga hari ini, Insya Allah apabila anda sedar betapa bahayanya pemangsa jenayah seksual gay ini, anda tidak perlu cari saya dan minta maaf. Saya halalkan kebodohan korang.

"Sebaliknya carilah satu persatu mangsa yang trauma dan kemurungan dengan apa mereka lalui. Sepanjang hayat mereka. Perkara ini berlaku di Malaysia selama bertahun-tahun. Mangsa senyap," jelasnya lagi.

Meskipun ada menuduhnya gila publisiti, Caprice tidak kisah tentangnya sebaliknya akan terus giat membongkar beberapa lagi perbualan beberapa remaja dengan seorang pendakwah selebriti di Instastory miliknya.

"Hanya dekat Malaysia kalau nak jadi pemangsa seksual kanak-kanak gay, hang kena jadi seorang ustaz dulu baru 60 peratus rakyat Malaysia akan sokong.

"Kalau siapa-siapa cuba bongkar seorang ustaz gay child predator demi keselamatan budak-budak sekolah, 60 peratus rakyat Malaysia akan panggil benda itu 'aib' dan harus disenyapkan daripada umum," katanya.


No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung