Nuffnang

Monday, November 28, 2022

'PN miliki kerusi DUN terbanyak hanya ditawarkan 1 kerusi EXCO'

 

'PN miliki kerusi DUN terbanyak hanya ditawarkan 1 kerusi EXCO'

Datuk Seri Saifuddin Abdullah
Datuk Seri Saifuddin Abdullah

KUANTAN: Perikatan Nasional (PN) Pahang mendakwa gabungan itu ditawarkan satu kerusi EXCO jika bersetuju membentuk kerajaan dengan Barisan Nasional (BN) walaupun PN memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terbanyak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, berkata BN yang memenangi 16 daripada 41 kerusi DUN pula menuntut jawatan Menteri Besar dan tujuh kerusi EXCO.

Sambil menyifatkan tindakan BN itu sebagai tamak, beliau berkata ia juga seolah-olah mahu mengetepikan mandat rakyat.

Katanya, PN yang bersedia berunding membentuk Kerajaan Pahang bersama BN mahu rundingan itu bukan dengan Pakatan Harapan (PH) yang membawa agenda bertentangan dengan kepentingan rakyat.

"Tetapi BN pula menuntut jawatan Menteri Besar dan mahukan tujuh kerusi EXCO dan hanya setuju berikan PN satu kerusi EXCO sahaja walaupun mereka parti minoriti yang tiada mandat.

"Sifat tamak dan mahu mengetepikan mandat rakyat ini adalah sifat sebenar UMNO-BN yang rakyat perlu sedar.

"Saya tidak tahu apa gula-gula "pelincir" yang PH setuju tawarkan kepada BN. Saya harap tidak ada perkara menyeleweng yang ditawarkan demi kuasa dan jawatan," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Saifuddin berkata, parti yang menerima mandat terbesar daripada rakyat Pahang ialah PN.

"Itulah kehendak rakyat yang perlu dihormati," katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), PN Pahang memenangi 17 daripada 41 kerusi DUN Pahang, manakala BN hanya memperoleh 16 kerusi dan PH, lapan kerusi.

Berikutan keputusan itu, tiada parti memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri. BH

12 comments:

Anonymous said...

Woi saifudin. Kenapa bengap sangat. Kalau kau bukan sebahagian drp kerajaan, satu kerusi exco pun kau tak layak terima. Lainlah kalau kau sebahagian drp kerajaan perpaduan

Isaac said...

Dia ni mmg bodoh...kerusi terbanyak tak semestinya layak memerintah..Abh Din PM.paling bengap yg Malysia dpt 17 bulan...

Anonymous said...

Saifudin ni lagi tak jujur kerana tak boleh nak terima 1 jawatan dalam kerajaan. Kalau jujur demi untuk rakyat terima je la.... Nak berkhidmat untuk rakyat tak perlu jawatan pun... Buat NGO berkhidmat untu rakyat... Kalau orang dah menyampah PN sebut nama pun orang histeria nak muntah..

Unknown said...

Dulu ph menang atas undi rakyat.. Kenapa datuk khianat..

Unknown said...

Allah balas balik kan

Unknown said...

Kena kat depa.. Rakyat sokong.. Depa buat tk pe.. Demi rakyat

Unknown said...

Jadilah pembangkang yg jujur n cekap

Unknown said...

Agong titah suruh pn n ph bergabung.. Degil

Unknown said...

Ini kerajaan perpaduan malaysia.. Undi percaya kat parlimen.. Jangan berkokok kat media jah. Ini kerajaan ydpa n mjlis raja2. Mahu derhaka ke

Unknown said...

Dulu masa langkah shareton.. Kata kami kerajaan ydpa.. Knp lani lain pula

Unknown said...

Udah2lah

Unknown said...

Move on.. Majukan negara.. Kerajaan perpaduan n pn( pembangkang)

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung