Nuffnang

Saturday, December 3, 2022

Twitter, WhatsApp dibanjiri kemarahan selepas Anwar namakan Zahid sebagai TPM

Ramai pengguna platform media memetik slogan kempen pemimpin Pakatan Harapan yang menyamakan undi untuk mana-mana calon Barisan Nasional dengan undi untuk Zahid.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi melambaikan tangan ketika keluar dari pekarangan Istana Negara selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong pada 23 November.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi melambaikan tangan ketika keluar dari pekarangan Istana Negara selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong pada 23 November. 

Pengumuman Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri dalam Kabinet baru diketuai Anwar Ibrahim telah mencetuskan kemarahan dan komen sarkastik di media sosial, di mana banyak ciapan Twitter dan dan mesej WhatsApp mengutuk langkah melantik presiden Umno itu ketika beliau berdepan puluhan pertuduhan rasuah.

Ramai yang memetik slogan kempan Pakatan Harapan (PH) yang sering dilaungkan pemimpin gabungan itu yang menyamakan setiap undi kepada Barisan Nasional adalah undi kepada Zahid.

Mellya Azizi, yang mengatakan dirinya pengundi kali pertama, menyinggung ahli Parlimen Lembah Pantai dari PKR Fahmi Fadzil kerana menyerang pemimpin BN Khairy Jamaluddin, yang merupakan pengkritik lantang terhadap Zahid namun kalah pada pilihan raya umum lalu selepas diletakkan di kubu kuat PKR.

- Iklan -

“Maaf YB, sebagai pengundi kali pertama dan orang yang membantu KJ dalam kempennya, saya masih tak dapat terima.

“Anda bunuh potensinya menjadi suara kami di Parlimen dan menggantikan beliau dengan Zahid,” katanya menjawab ciapan Fahmi, “Undi KJ = Undi Zahid”.

Zahid merupakan sebahagian daripada pemimpin Umno yang dikenali sebagai kluster mahkamah, yang berdepan pertuduhan rasuah.

Presiden Umno itu juga merupakan pengerusi BN yang menggerakkan gabungan itu supaya menyokong Anwar walaupun ditentang ahli-ahli Parlimen dan pemimpin kanan Umno kerana tidak mengendahkan keputusan perhimpunan agung parti itu tahun lalu yang memutuskan untuk tidak menjalin kerjasama dengan Anwar atau DAP.

Zahid yang mempertahankan Bagan Datuk dengan majoriti nipis melawan Shamsul Iskandar Mat Akin, turut dinamakan sebagai menteri kemajuan desa dan wilayah.

“Apa ce** Zahid Hamidi masuk dalam Kabinet. Kita semua sudah kena ******,” ciap Ryanz dalam Twitter.

ShariqHazard pula menciap bahawa pelantikan Zahid sebagai timbalan perdana menteri akan memperkukuhkan PAS yang merupakan rakan kongsi Perikatan Nasional di mana mereka menjadi parti yang paling banyak membolot kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum baru-baru ini.

- Iklan -

Sofifa sberkata barisan Kabinet baru ini menunjukkan berapa penting untuk mendapatkan majoriti mudah bagi membentuk kerajaan yang stabil. 

“Kabinet baru ini secara asasnya adalah bagi memuaskan ramai pemimpin dari banyak parti. Zahid sebagai TPM adalah satu hal yang bahaya dan akan mengundang kecaman dari rakyat."

Arif Ridhauddin pula mempersoalkan ikrar PH yang mahu melawan rasuah: “Tapi (PH) pula juga yang melantik Zahid sebagai timbalan perdana menteri. Lawak apakah ini?!”

Pengguna lain seperti Severus dan Lily pula membuat ciapan penuh sarkastik: "Zahid Hamidi ikon anti rasuah. Tahniah Kabinet perpaduan Anwar Ibrahim."

Ada juga pengguna yang menjawab seorang penyokong kuat Anwar, kartunis Zunar: ”Komen skit Zahid Hamidi jadi TPM? Lain order, lain dapat.”

"Ingat boleh hantar Zahid ke penjara. Rupa-rupanya ke Putrajaya."

Ketidakpuasan hati berhubung pelantikan Zahid dalam Kabinet Anwar ini tercetus daripada situasi yang dihadapinya di mana beliau berdepan 35 pertuduhan pengubahan wang haram dan pecah amanah Yayasan Akal budi melibatkan jutaan ringgi, selain kes menerima suapan daripada beberapa projek ketika beliau menjadi menteri dalam negeri ketika pentadbiran kerajaan BN.

Pada September, beliau dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah dari sebuah syarikat bagi melanjutkan konrak sistem visa luar negara.

- Iklan -

Dalam pada itu, pengguna @IniAlalalannn berkongsi sebuah poster yang disebarkan oleh PH memaparkan Zahid adalah seorang yang berkuasa di sebalik bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob dan Muhyiddin Yassin.

"Rupa-rupanya, Undi PH pun dapat TPM Zahid Hamidi," katanya dalam sebuah ciapan yang dikongsi sebanyak 6,000  kali ketika artikel ini ditulis.

Sementara itu, seorang penyokong PH, @HafizRayyan, turut menciap mengenai Nurul Hidayah Zahid yang merupakan anak perempuannya, selepas Nurul memuat naik  "Allahuakbar, Alhamdulillah, Subhanallah" di Instagram. 

"Anak Zahid Hamidi, Nurul Zahid si ‘annoying’ is back!

"Masa pergi mahkamah untuk kes jenayah dan rasuah bapa dia, menangis. Ayah dia Zahid Hamidi pula masuk hospital macam-macam alasan bagi.

"Jadi TPM ni satu beranak terus segar. Gila!"

Di WhatsApp, pelbagai poster, video pendek dan imej gifs turut tular di mana salah satunya menunjukkan Zahid ketawa besar.

Antara yang tular dalam aplikasi itu adalah mesej mengatakan duit pembayar cukai kini akan dibelanjakan untuk mengiringi timbalan perdana menteri bagi menghadiri perbicaraan rasuahnya di mahkamah.Malaysianow

13 comments:

Anonymous said...

Komen biasa dari pihak PN yg kalah.. Zaan mahiaddin jadi PM mahi la teruk, sgala katak pengkhianat, ketua rampasan mandat rakyat, lebai pemfitnah taliban, smua ada dlm 70 menteri kerajaan mahiadin

Anonymous said...

Jika zahid bawa BN bergabung bersama PN yang akan memungkinkan PN membentuk kerajaan, kau ingat PM-elect muhyiddin tidak akan lantik Zahid sebagai TPM? Jangan jadi hipokrit dan membohongi diri sendiri la....

Anonymous said...

Zafrul dalam kabinet DSAI! Siap lah abah kau..... bakal terbongkar segala penyelewengan. ha ha ha ha

Unknown said...

Dsai hormat dszahid sebagai presiden.kes mahkamah bicara lah.. Ada abah kaw hormat lagu tu..

Unknown said...

Langsung tk hormat ambil sd mcm dulu je. Tk tahu ke ada akta lompat parti. Ke penasihat abah kaw takut nk cakap benar. Dsai gentleman.. Gi jumpa datuk seri zahid bincang



Unknown said...

Ph bn.. Gps

Unknown said...

Insyaallah kukuh

Unknown said...

Dah yg komplen tu ni sanggup ke Malaysia. Menderita lagi bila pn pegang malaysia. YDPA suruh gabung.. Angkuh.. Tak setuju

Unknown said...

Dah nk bg pyelesaian mcmane.. Logik ke 73 mp.. Rasa hebat berbanding 82..

Unknown said...

Bersatu pun penumbang pas

Unknown said...

Pas takanlah tak ada calon pm

Unknown said...

Kata ni tadbir negara

Unknown said...

Tinggalkanlah bersatu tu.. Mari berubah.. Sokong dsai.. Bagi idea memperkasakan islam di malaysia

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung