Nuffnang

Sunday, September 24, 2023

Lelaki pakai kostum anjing cari pasangan hidup

 


Toco menarik perhatian orang ramai di Jepun selepas memakai kostum anjing. - FRANCK ROBICHON/EPA-EFE/REX/Shutterstock

TOKYO – Seorang lelaki di Jepun yang menjalani kehidupan sebagai seekor anjing dengan memakai kostum haiwan berkenaan kini mencari pasangan hidup.

Akhbar Daily Star melaporkan, lelaki bernama Toco itu terkenal di Jepun selepas berusaha untuk menjadi seekor anjing baka Collie yang sebenar. 

Toco mendedahkan bahawa dia mahukan pasangan therian iaitu orang yang merasakan diri mereka adalah sesuatu yang lain daripada manusia.

Ads by Kiosked

“Saya pikir ia adalah bagus jika mereka wujud. Saya mahu berjumpa mereka,” katanya.

Calon pasangan sesuai bagi Toco adalah orang yang berkongsi minat  sama dengannya seperti tinggal di dalam sangkar dan berjalan sambil dipimpin manusia.

Lelaki tidak dikenali itu pernah memiliki seekor anjing baka mongrel bernama Mirai dan mempunyai lebih 56,000 pengikut di laman perkongsian video YouTube. – Agensi

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung