Nuffnang

Sunday, October 22, 2023

Remaja berpesta tuang bir dalam mulut ular sawa

 


Kumpulan remaja itu menganiaya ular tersebut ketika sedang berpesta di dalam semak. - Facebook

CAPE TOWN, Afrika Selatan – Sekumpulan remaja di Afrika Selatan diburu pihak berkuasa kerana menganiaya haiwan selepas mereka memasukkan bir ke dalam mulut seekor ular sawa ketika sedang berpesta. 

Portal berita MailOnline melaporkan, suspek-suspek didakwa ular sawa sepanjang 1.8 meter yang dilindungi itu ketika berpesta di dalam semak sebelum membuka rahangnya untuk menuangkan bir.

Pakar-pakar ular menyatakan bahawa organ dalaman reptilia tidak mampu menyesuaikan diri dengan alkohol dan ia akan membakar tisu dalamannya selain menyebabkan kerosakan teruk atau kematian.

Dalam sebuah klip video, dua lelaki dilihat memegang ular itu sebelum seorang lagi lelaki menuangkan sebotol bir ke dalam mulut reptilia tersebut.

Orang ramai di sekeliling mereka dilihat ketawa sebelum lelaki tersebut cuba menuangkan sebotol lagi bir ke dalam mulut ular tersebut.

Persatuan Kebangsaan bagi Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (NSPCA) telah memuat naik video itu ke laman webnya untuk mendapatkan maklumat.

Seorang jurucakap NSPCA berkata: “Ia adalah spesies ular sawa batu Afrika yang terancam atau dilindungi dan kami akan mengambil tindakan undang-undang.

“Siasatan penuh sedang dijalankan dan sebarang maklumat penting akan membantu kami kerana sukar untuk mengesan pelaku dalam video yang disiarkan dalam talian,” katanya. – Agensi

2 comments:

Anonymous said...

Kerajaan kejam..
Rakyat menderita...miskin

Selepas berdegar mengutuk kerajaan si yb menempah sebuah toyota alphard.
Rakyat miskin dan menderita...
Rakyat sokong dan undi agar yb dapat beli alphard..

Takbir!!!!

Nobody said...

Ayah Pin bagi pengikutnya makan tahi dia sendiri yang dikatakannya makjun!

PAS beri rakyat minum air paip karat cappuccino, dadah berlambak-lambak!!!

AJARAN SESAT MEMANG MACAM TU, BERI PENGIKUT MAKAN MINUM BENDA KOTOR SUPAYA KEKAL BODOH HAHAHAHAHA!!!!

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung