Nuffnang

Wednesday, August 2, 2017

Perghh !!! Cari Jodoh Guna Gambar Kawan


Cari Jodoh Guna Gambar Kawan


Pesanan peribadi yang dipercayai dikirim oleh Adib kepada pengendali laman Facebook Viral D Viral. - Facebook/Viral D Viral


PETALING JAYA: Lelaki yang tular kerana mahu mendapatkan 'pengantin segera' didakwa menggunakan gambar individu lain untuk mencari jodoh.
Setelah hajatnya itu dipenuhi apabila mendapat maklumbalas dalam kalangan wanita yang berminat menjadi isterinya, lelaki yang hanya dikenali sebagai Adib itu tampil membuat pengakuan kepada pengendali laman media sosial berkenaan. Malahan, perkara sebenar itu juga dihebahkan untuk pengetahuan ramai.
"Di sini saya mohon maaf kepada admin (pengendali laman) dan semua kerana menggunakan gambar teman dari Indonesia, sebenarnya saya tidak mahu mereka memilih saya kerana rupa.
"Bekas tunang saya dulu pilih saya kerana rupa dan dia pergi juga. Saya mahu dia (calon isteri) terima saya seadanya," katanya menerusi pesanan peribadi kepada Facebook Viral D Viral.
Pada Isnin, mStar Online melaporkan bahawa pemuda tersebut tetap ingin meneruskan majlis perkahwinan dalam tempoh sebulan lagi selepas putus tunang pada dua bulan lalu.
Pemuda berusia 30 tahun ini mendakwa berbuat demikian kerana kecewa setelah persiapan sebanyak 80 peratus untuk majlis perkahwinannya.

Adib menggunakan gambar rakannya dari Indonesia pada posting pencarian jodoh yang dimuat naik sebelum ini.
Selepas menerima pelbagai reaksi netizen, posting pencarian jodoh itu telah dipadam.
Sementara itu, Viral D Viral pula menyifatkan Adib sebagai melucukan kerana 'berdrama' dengan kisah cintanya yang tidak kesampaian itu.
"Admin nak tergelak dengan satu demi satu drama si Adib ni, tapi admin kasihan juga sebenarnya.
"Takpe la Adib, janji kau jangan permainkan perempuan yang kau dapat nanti," tulis pengendali laman itu pada malam Isnin.
Bagaimanapun, pengendali laman tersebut mendakwa pihaknya memahami tindakan Adib menggunakan gambar orang lain kerana pemuda berkenaan memiliki raut wajah yang tampan.
Pihaknya turut mendakwa telah membuat panggilan video terhadap Adib bagi mengesahkan tentang kesahihan identinya.

Tuesday, August 1, 2017

Perghhh !!!! Bahagian sulit lebam, ibu syak anak dicabul

0
PDRM
KUCHING - Polis menahan seorang lelaki berusia 22 tahun yang disyaki mencabul kanak-kanak di Kampung Tambirat, Asajaya, kira-kira 35 kilometer dari sini, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata lelaki yang tidak bekerja itu ditangkap susulan satu laporan polis yang dibuat oleh seorang lelaki berusia 42 tahun mendakwa isterinya mendapati bahagian sulit anak perempuan mereka yang berusia setahun tujuh bulan lebam.
Dalam laporan itu, lelaki berkenaan turut mendakwa seorang lagi anak perempuan mereka yang berusia lima tahun tujuh bulan memberitahu isterinya yang suspek menciumnya serta diminta melakukan perbuatan seksual.
Susulan itu, polis menahan suspek yang juga saudara jauh keluarga berkenaan dan dia kini ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan menurut Seksyen 14 (a) dan (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, katanya.
“Mereka yang disabitkan kesalahan menurut seksyen ini boleh dipenjarakan tidak lebih 20 tahun serta boleh disebat,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Dev Kumar berkata ini merupakan kes kedua direkodkan di Sarawak selepas akta baharu itu diluluskan Parlimen pada April lalu. - Bernama
Artikel berkaitan yang patut

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung