Nuffnang

Tuesday, August 4, 2020

wow !! Maya Karin selamba berkaki ayam di lantai simen dapat pujian netizen - “Kau muka berminyak duduk rumah sewa pun tenjet kaki masuk dapur”


Maya Karin selamba berkaki ayam di lantai simen dapat pujian netizen - “Kau muka berminyak duduk rumah sewa pun tenjet kaki masuk dapur” Sempoii

Maya Karin dilihat selamba berkaki ayam di dapur rumah kampung.

PERKONGSIAN pelakon Maya Karin di Instagram yang memperlihatkan dirinya berkaki ayam di lantai simen ketika sedang memasak di dapur sebuah rumah menerima pujian netizen.

Foto tersebut turut dikongsi akaun Twitter Amran Fans yang membandingkan sikap aktres itu dengan kebanyakan wanita lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Cayalah... biasanya artis nak menunjuk-nunjuk kereta mewah! Maya Karin naik tren ke majlis anugerah curi perhatian

Katanya, apa yang dilakukan pelakon Pontianak Harum Sundal Malam itu berbeza dengan segelintir wanita yang kononnya tidak mahu memijak lantai rumah kampung kerana tidak bersih.

"Maya Karin rileks saja berkaki ayam masuk dapur yang tak bermozek.




"Kau yang muka berminyak, duduk Kuala Lumpur sewa bilik pula beriya tenjet kaki masuk dapur rumah kampung," tulis akaun itu.

Ciapan yang dikongsikan pada Isnin itu mendapat lebih 11,000 ulang kicau (retweet) dan 14,000 tanda suka (likes).

Maya ketika dihubungi berkata dia tidak kisah dengan keadaan dapur rumah kampung tersebut asalkan kebersihan sentiasa terjaga.

"Tahun ini saya beraya di rumah ibu bapa kepada kawan baik saya di Ipoh, Perak. Masa itu semua orang sibuk di dapur dan sama-sama bergotong-royong.



Tweet yang dikongsikan Amran Fans pada Isnin.



"Bagi saya berkaki ayam atau tak, saya selesa saja. Walaupun mungkin dapur nampak tua dan ringkas tapi yang penting bersih," katanya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan Amran Fans dan mengatakan mereka pernah berhadapan dengan situasi seperti ini.

"Ada baca juga tweet budak-budak geli nak masuk lantai dapur rumah nenek, keliru aku dibuatnya... nenek mereka pakai lantai macam mana? Kalau nenek tu ada Twitter mesti dah sedih baca tweet cucu sendiri.

"Saya teringat anak buah saya tenjet kaki masuk dapur mertua saya. Mertua saya memang rumah kampung, separuh batu separuh kayu. Tapi entah la bagi saya walaupun budak kecil buat macam tu nampak sangat tak ada kesopanan datang rumah nenek atuk. Nasib baik bukan anak saya, kalau tak dah lama saya libas kaki dia.

"Maya ni kira okey lagi... Mak saudara saya dan anak-beranak dia langsung tak masuk jejak rumah arwah nenek. Tak sedar diri mak cik pak cik saya lahir dalam rumah tu... dah senang lupa asal usul sampai sekarang saya ingat apa mereka buat pada arwah nenek," komen beberapa netizen.

Tq Mstar

Cik Ling barber ‘legend’ Rengit tak berkira soal upah... bayar dengan ubi, ikan pun boleh - “Tak pernah lagi sampai tak cukup duit”

Cik Ling barber ‘legend’ Rengit tak berkira soal upah... bayar dengan ubi, ikan pun boleh - “Tak pernah lagi sampai tak cukup duit”

Menurut anaknya, Cik Ling sudah berkhidmat sebagai tukang gunting rambut selama hampir 47 tahun.

CUKUP dikenali dengan nama Cik Ling, seorang warga emas berusia 73 tahun sudah mengabdikan lebih separuh hayatnya untuk berkhidmat sebagai tukang gunting rambut.

Hampir 47 tahun membuka kedai di Rengit, Batu Pahat, Johor, dia sememangnya dikenali kerana menawarkan harga yang cukup murah kepada setiap pelanggannya.

Lebih menarik, pemilik nama sebenar Jailani Abd kadir itu turut mengamalkan sistem barter yang mana dia menerima pemberian barangan oleh pelanggan sebagai ganti bayaran khidmatnya.

Menurut anaknya, Zarisa Jailani, 37, dia kagum dengan sikap pemurah bapanya yang sentiasa percaya pada rezeki dengan mengamalkan konsep sedekah sepanjang bergelar tukang gunting.

"Biasalah di kampung, orang-orang tua datang gunting rambut, nak gunting pun rambut tak banyak sangat. Kadang-kadang sedekah je.

"Ayah letak harga kurang RM10. Ayah memang lembut hati. Sebab dari tahun 70-an, gunting rambut pada zaman tu bayaran bukannya banyak.

"Jadi bila nak naikkan harga, dia tak sampai hati. Kalau budak-budak, saudara mara, kadang-kadang dia sedekah.



Foto kenangan sewaktu Cik Ling memotong rambut cucunya yan juga anak kepada Zarisa.

"Kat sana ramai kawan dia kerja nelayan, pekebun. Kadang-kadang mereka buat sistem barter, gunting rambut dibayar dengan ikan, ubi dan sebagainya," ujar Zarisa kepada mStar.

Menurut wanita berusia 37 tahun itu, bapanya kini meghentikan operasi kedai gunting rambut di Rengit dan hanya menerima pelanggan di kediaman mereka di Parit Madirono.

Selain faktor usia, Zarisa menjelaskan bapanya juga sudah tidak larat untuk berulang alik ke kedai yang dibina di hadapan rumah lamanya.

"Dulu kami menetap di Rengit, jadi ayah buka kedai di sana. Tapi kami pun dah lama berpindah ke Parit Madirono.


"Sekarang ayah gunting kat rumah je, gunting rambut kawan-kawan sekampung. Ayah dah ambil keputusan tutup terus kedai di Rengit.

"Ayah dah tak larat berulang alik dari rumah ke sana," ujarnya lagi yang hingga kini masih tidak mendapat jawapan mengenai gelaran Cik Ling yang diberi kepada bapanya.

Menurut Zarisa, dia terpanggil untuk berkongsi kisah mengenai bapanya selepas mereka sama-sama mengimbas kisah itu sewaktu sambutan Hari Raya Aidiladha.

Malah katanya, dia cukup terharu dengan komen-komen netizen yang memuji sikap pemurah datuk kepada tujuh cucu itu.



Cik Ling bersama keluarganya.

"Pada saya, ramai lagi orang yang pemurah... bukan ayah saya je. Saya bercerita di Twitter pun sebab dia imbas balik kisah lama masa raya.

"Dia bercerita pada cucu-cucu. Mereka juga tanya kenapa atuk terima ubi tapi tak ambil duit.

"Jadi ayah saya kata, kalau banyak sedekah InsyaAllah ada je sumber kewangan dan rezeki untuk kita.

"Tak pernah lagi sampai tak cukup duit sampai tak boleh bayar sewa, bil eletrik selama ini," imbas Zarisa lagi.



Posting yang tular di Twitter.

Sehingga kini, posting mengenai bapanya menerima hampir 2,000 ulang kicau (Retweet).

Malah, ramai netizen turut meninggalkan komen di posting itu.

"Kadang-kadang orang berumur ni buat bukan sebab duit. Tapi sebab hobi.

"My mom pun sama. Tukang gunting rambut tak bertauliah untuk makcik-makcik and sepupu sepapat. Kadang jiran pun. Memang tak ambil duit.

"Semoga pakcik diberi kesihatan yang berpanjangan dan terus dimurahkan rezeki," tulis beberapa pelayar Twitter.



Tq Mstar

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung