Nuffnang

Wednesday, November 26, 2014

Speaker: Jangan politikkan isu beri kereta


  • Shamsudin (kiri) menerima kunci kereta dari Speaker Dun, Hannah Yeoh, sambil diperhatikan oleh Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin, semalam.Shamsudin (kiri) menerima kunci kereta dari Speaker Dun, Hannah Yeoh, sambil diperhatikan oleh Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin, semalam.
 1 / 1 

SHAH ALAM - Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh memberi amaran kepada ahli Dun supaya tidak mempolitikkan isu pemberian kemudahan kereta kepada Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Shamsudin Lias.

Hannah berkata, kerajaan negeri sudah pun meluluskan pemberian kereta dan kemudahan kepada ketua pembangkang pada sidang Dun yang lepas.

"Saya mohon supaya janganlah politikkan isu pemberian kereta ini. Saya dengar dalam dewan tadi ada yang berkata pemberian kereta ini hanya gimik menteri besar untuk beri kereta kepada ketua pembangkang.

"Untuk pengetahuan, pemberian kepada ketua pembangkang ini adalah sudah diputuskan melalui Jawatankuasa Pengurusan Dewan yang Shamsuddin juga merupakan salah seorang ahli jawatankuasa kemudian kita hantar keputusan ini dalam sidang Dun yang lepas dan ia diluluskan.

"Pemberian yang kita buat semalam (kelmarin) sebenarnya sudah pun diluluskan dan penyerahan semalam cuma acara biasa saja dan kita harap pemberian kereta itu boleh memberi manfaat kepada ketua pembangkang. Ianya tidak ada kena mengena dengan gimik menteri besar," katanya dalam sidang media di Dewan Annex, hari ini.

Sebelum itu, sidang Dun gamat dengan segelintir Adun yang mempertikaikan pemberian kereta kepada ketua pembangkang dan mendakwa ia sekadar gimik menteri besar.

Inilah Top 10 Negara Paling mahal Untuk Beli Kereta.Adakah Malaysia Tersenarai?

Inilah Top 10 Negara Paling mahal Untuk Beli Kereta.Adakah Malaysia Tersenarai?


Harga sesebuah kereta bagi setiap negara adalah dijual pada harga berbeza-beza diatas beberapa faktor termasuklah cukai.

Menurut laporan sebuah portal, Jalopnik yang mana sebuah laman web yang popular telah menyenaraikan senarai 10 negara yang paling mahal untuk membeli kereta.

Perbandingan itu dibuat terhadap jenis kereta Toyota Prius dan Scion FR-S di negara America Syarikat dan negara-negara lain.

Berdasarkan kenyataan yang dipetik oleh laman web tersebut, penilaian bagi menempatkan kedudukan negara-negara dalam senarai adalah bersarkan pendapat-pendapat dari rakyat-rakyat negara tersebut termasuk warga asing.

Harga kereta yang dijual di negara-negara ini adalah berkali-kali ganda dengan harga yang dijual di Amerika. Lebih mengejutkan kami adalah Malaysia juga tersenarai. - Siakapkeli.com.my

10 - CUBA



9 - NORTH KOREA




8 -  ST. KITTS AND NEVI



7 - UNITED KINGDOM



6 - BRAZIL



5 - CHINA



4 - NICARAGUA


3 - INDONESIA



2 -  MALAYSIA



1 - SINGAPURA



Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung