Nuffnang

Saturday, February 19, 2022

Cemas macam filem Titanic, penumpang terkejut feri dibadai ombak gergasi

Cemas macam filem Titanic, penumpang terkejut feri dibadai ombak gergasi

Kejadian pada Khamis menyebabkan tiga individu dalam feri itu cedera. Foto: Twitter, Sebastian Peters.

TIGA individu cedera selepas tingkap sebuah feri pecah dibadai ombak gergasi pada Khamis.

Video kejadian yang berlaku di Sungai Elbe, Hamburg, Jerman itu turut tular di media sosial sehingga meraih perhatian ramai.

Dalam video berkenaan, beberapa individu sedang duduk secara santai sebelum ombak tiba-tiba membadai, menyebabkan tingkap pecah dan air mula masuk dalam ruangan feri berkenaan.

Penumpang yang cemas mula bangun untuk menyelamatkan diri, persis babak dalam filem Titanic.

Untuk rekod, feri itu dikendalikan oleh syarikat pengangkutan HADAG.

Pengarah Urusan HADAG, Tobias Haack berkata, ini merupakan kali pertama mereka berhadapan kejadian itu.

Difahamkan, ombak kuat membadai kawasan berkenaan kerana kesan taufan Ylenia yang mula melanda utara Jerman sejak Khamis pagi.

Susulan cuaca buruk, jadual perjalanan kereta api, bas, feri dan kapal terbang juga telah dibatalkan. - Canbera Times.


Tersilap teknik, pemain ski tak sengaja langgar videographer bertugas ketika Olimpik Musim Sejuk

 

Tersilap teknik, pemain ski tak sengaja langgar videographer bertugas ketika Olimpik Musim Sejuk

Sallinen terlanggar seorang juruvideo ketika pusingan kelayakan Olimpik Musim Sejuk di Beijing.

MALANG tidak berbau.

Begitulah kisahnya mengenai seorang pemain ski yang terlanggar juruvideo bertugas ketika pusingan kelayakan pertama Olimpik Musim Sejuk di Beijing.

Jon Sallinen, 31, hilang kawalan selepas dia tersilap teknik ketika sedang beraksi, menyebabkan dia terlanggar juruvideo tersebut.

Biarpun terjatuh, atlet Finland itu tetap meneruskan acara berkenaan sehingga tamat.

"Saya harap juruvideo itu baik-baik saja sebab saya betul-betul mendarat di atasnya," ujar Sallinen selepas pusingan tersebut berakhir.

Selain Sallinen, seorang lagi pemain ski dari New Zealand, Ben Harrington turut terjatuh ketika acara itu berlangsung.

Untuk rekod, Olimpik Musim Sejak berlangsung sejak 4 Februari lalu dan dijadualkan berakhir pada 20 Februari. - Daily Star.


Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung