Nuffnang

Tuesday, December 8, 2009

Mukjizat AL Quran Dari Aspek Sains




Oceanografi

Kejadian Pertama
Air Lautan Tidak Bercampur
Allah SWT berfirman dalam Al-Quran surah Ar Rahman ayat 19 dan 20 yang bermaksud:
“ Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu.
Antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing .”

Dalam ayat ini Allah SWT menggambarkan bahawa air dua lautan yang bertemu tidak bercampur antara satu sama lain dan antaranya terdapat barzah yang bermaksud pemisah. Kajian dalam oceanografi menunjukkan bahawa air antara dua lautan biasanya tidak bercampur. Umpamanya air Laut Mediterranean dan Laut Atlantik, Laut Atlantik dan Lautan Hindi, Laut Merah dengan Laut Mediterranean.

Kejadian kedua
Air Tawar Dan Air Masin

Allah SWT berfirman dalam surah Furqan ayat 53 yang bermaksud :

“ Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan): yang ini tawar lagi segar dan yang lain asin lagi pahit : dan Dia jadikan antara keduanya sempadan dan batas yang menghalang.”

Dalam ayat ini Allah SWT membayangkan bahwa air tawar dan air laut tidak bercampur dan antaranya ada batas dan sempadan “

Kesimpulan , penulis pernah menaiki bot di tengah lautan dan jelas kelihatan seperti apa yang tertera dalam ayat diatas. “ SubhanAllah “ memang benar antara keduanya air laut ada sempadannya. Air hijau dengan air biru, dan juga yang paling dalam berwarna hitam….


sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung