Salam Buat semua.
KUALA KEDAH: Dua nelayan masih hilang manakala seorang lagi selamat selepas bot mereka karam di Perairan Pulau Lima dan Pulau Segantang iaitu kira-kira 33 batu nautika dari Pelabuhan Kuala Kedah di sini, pada 29 Disember lalu. Mangsa yang hilang ialah Mohamad Salleh, 39, dan tekong bot, Mohd Yusop Abdullah, 29, sementara Mohd Akhir Abu Bakar, 28, yang juga awak-awak bot terselamat. Mohd Akhir berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, bot yang dinaiki mereka mengalami kerosakan enjin menyebabkan kipas bot tidak berfungsi.
Dalam gelap, Mohd Yusop turun ke laut memeriksa dan beberapa minit kemudian dia naik semula ke atas bot. “Ketika itu air mula masuk ke dalam bot dan dalam keadaan cemas, kami bertiga nekad terjun ke laut untuk menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Mohd Akhir berkata, mereka bertiga terpaksa menggunakan kudrat mengapungkan diri ke permukaan laut sementara menunggu pertolongan.
Ulasan : Memang susah hidup sebagai nelayan, hidup mencari rezeki dengan memerah keringat turun ke laut untuk mencari rezeki. Kita yang bekerja makan gaji harus bersyukur dengan nikmat yang Allah telah berikan. Kalau Ikan mahal di pasar bukan kerana apa, kerana keadaan musim yang tidak menentu, nelayan tidak dapat turun ke laut. Mas Aji pernah turun kelaut Mas Aji tahu , betapa peritnya menjadi nelayan, kadang-kadang duit minyak pun tak dapat balik... Bersyukur setakat yang ada setakat ini..
sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/
Nuffnang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
LEMBU terakhir yang mati dibunuh ditarik keluar dari arena Monumental di Barcelona kelmarin. BARCELONA, Sepanyol - Seekor lembu jantan dibu...
-
OTTAWA - Seorang lelaki yang dilaporkan pernah dibuang negeri dari Arab Saudi kerana terlalu kacak mendapat tuah yang tidak disangka apab...
-
Pelajar rakam aksi liwat PADANG BESAR – Seorang pelajar lelaki tingkatan empat ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan kes ...
-
susah kalu jenis manusia bebal ni .. org suruh undi pr org nk bg tol free dia undi umno .. pastu duk tuntut ttp tol plak.. Tak cerdik ...
-
NAJIB DIMALUKAN DISELURUH DUNIA..LAPORAN JUJUR OLEH PIHAK MEDIA SINGAPURA MENGENAI SAMBUTAN KONSERT PSY YG DIANJUR OLEH BN..Honest and i...
No comments:
Post a Comment