Nuffnang
Sunday, July 18, 2010
Haram pakai jersi lambang salib
KUALA LUMPUR – Pemakaian jersi bola sepak atau sebarang pakaian yang memiliki lambang salib, jenama arak dan imej syaitan adalah haram hukumnya dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berkata, perkara tersebut ditegah oleh Islam dan perbuatan mengabaikan hukum yang sudah jelas boleh membawa umat Islam ke arah syirik.
Beliau berkata, memakai baju seperti itu walau apapun alasannya menunjukkan umat Islam seolah-olah mengagung-agungkan dan memuliakan lambang agama lain.
“Semua mengetahui hukum ini dengan jelas, ia adalah haram dan jangan beri alasan untuk menghalalkan perkara tersebut.
“Dalam hal ini, Islam tidak ada kompromi sama ada ia dibuat atas nama hiburan, fesyen mahupun sukan,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! Ahad baru-baru ini.
Beliau mengulas trend menyarung jersi di kalangan remaja dan golongan dewasa masa kini yang secara terang-terangan memiliki lambang salib atau jenama arak di baju mereka.
Trend itu sudah agak lama berlaku di negara ini namun semakin popular semenjak demam Piala Dunia melanda bermula awal tahun ini.
Antara jersi pasukan negara atau kelab yang tertera lambang salib atau imej syaitan adalah Brazil, Portugal, Sweden dan Norway, Manchester United dan Barcelona.
Nada yang sama turut diluahkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
Beliau berkata, perbuatan memakai baju seperti itu hanya menjurus ke arah dosa dan boleh mengakibatkan syirik kepada Allah.
Jelasnya, pakaian yang mempamerkan lambang agama lain mahupun mempunyai imej syaitan dan jenama arak dilihat seperti mengangkat martabat lambang itu lebih tinggi berbanding Islam.
Menurut Harussani, Islam tidak menghalang umatnya untuk berfesyen atau bersukan namun ia perlu dilakukan dalam ruang lingkup syarak seperti menutup aurat dan tidak membazir.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Kiattikhun membuat laporan selepas dia diserang oleh suspek. - Channel 7 BANGKOK – Seorang leftenan polis dituduh menyerang pegawai kanan be...
-
Dr. Rozmey PETALING JAYA – Sekitar 2010, nama serta gaya Datuk Dr. Rozmey sering kali menghiasi akhbar-akhbar serta kaca televisyen tempat...
-
Johan Ghazali PETALING JAYA – Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali menafikan pendapatan yang diperolehinya ketika ini sehingga RM1 juta. Jo...
-
Gambar hiasan KUALA PILAH – Seorang bekas doktor didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan menyimpan gambar ...
-
Aksi kanak-kanak tersebut ketika mengendalikan jentera berat. PETALING JAYA – Aksi seorang kanak-kanak mengendalikan sebuah jentera berat ...
-
SEEKOR lembu memakan martabak di Indonesia. - Foto pak_ributguru82/Instagram. JAKARTA – Seorang murid sekolah rendah di Lumajang, Indone...
18 comments:
minta maaf ye...saya dah agak pasti akan di tegur oleh tok mufti..betul tu
ramai org tak perasan atau perasan tapi 'buat² tak kisah'
realiti pahit yg terpaksa diterima buat suppoters team² yg terlibat
harus disebarkan ni!
terima kasih sahabat atas entry yg amat bermakna ni. Bola-bolalah juga, tapi akidah harus diutamakan. jgn jual akidah demi bola. jgn lacurkan agama demi sukan.
Majulah akidah untuk beragama.
sokong
sy sokong....
pemakaian jersi d kalangan msyarakat skrang nie mkin ketara, semata2 untuk menunjuk kan sokongan terhadap teAm..die org sangup pkai jersi yg agak keterlaluan corak dan lambang...(hehehe,asal ayat skema sgt nie...)
Salam buat semua... terima kasih atas sokongan anda
Dah terang man....konsep SYUBAHAH tu....Nuff pun sama hahaa..tak boleh iklan beer
jangan terlampau fanatik dengan sesuatu hal sampai tak endah hal agama :)
Wah...terima kasih utk perkongsian ini!Like!!
Post baru:Ini membuatkan kita berfikir?
yezza..gua sokong..jersi england ada lmbag salib..(+) kalau perasan..bile aku cr dlm internet, tnda tu lambang agama dia org..kita duk bangga sarung jersi..kalau salah harap diperbetulkan..
Terima kasih semua..anggaplah ini sebagai pengajaran kepada kite..ye
betul kata Assoyfingger67...kalau Nuffnang iklan Beer maka haram bagi kita ambilnya...
pasni x pakai bju liverpool,de carlsberg
terima kasih semua ye
I like it this really good information.
replica bags in china replica bags china free shipping replica bags china free shipping
check my source click for info Get More Info a knockout post this hyperlink Louis Vuitton fake Bags
Post a Comment