Nuffnang
Wednesday, July 21, 2010
Kacau Apa Sudah Jadi, Kontroversi pembekuan otak
DANILA MEDVEDEV (kiri) melihat unit penyimpanan otak manusia bersuhu rendah sambil disaksikan oleh Innokenty Osadchy.
________________________________________
"SAYA tidak pernah mahu mati lagi...sebab kematian tidak sesuai untuk saya," kata Innokenty Osadchy, 35 tahun. Nasib baik, pegawai pelaburan bank itu yakin dia telah menemui kelemahan daripada kematian.
Osadchy telah bersedia untuk membelanjakan sejumlah wang bagi membekukan otaknya. Tindakan ini dilakukan sementara dia menunggu kecanggihan teknologi masa hadapan yang membolehkannya meneruskan kehidupan. Kaedah itu boleh dilaksanakan setelah otaknya dipindahkan ke dalam sekujur tubuh baru dan dihidupkan semula.
"Mengapa saya perlu mati dalam tempoh beberapa dekad lagi? Saya tidak rasa ini berasas. Bukannya saya akan ada satu lagi kehidupan. Tetapi, ini satu lanjutan kepada kehidupan ini.
"Saya tidak ingin mati. Tidak dalam setahun atau sejuta tahun akan datang," katanya.
Menurut Medvedev, KrioRus telah berusaha menyakinkan para pelanggannya bahawa pembekuan otak merupakan kaedah pemeliharaan yang lebih murah dan selamat.
Kaedah pembekuan manusia sebagai harapan untuk dihidupkan semula pada masa hadapan sebenarnya merupakan satu prosedur haram di Perancis dan di mana-mana negara di dunia. Namun, setakat ini, KrioRus telah menyimpan empat tubuh dan lapan kepala manusia di dalam tong-tong besi berisi cecair nitrogen.
Yuran mahal
"Kita boleh mengeluarkan seseorang daripada proses cryotasis(pemeliharaan organisma hidup menggunakan suhu rendah), panaskannya sedikit demi sedikit dan dengan itu dia akan hidup," tambahnya
Sejak dilancarkan pada tahun 2005, KrioRus telah membina banyak tong besi baru. Ini bagi menampung keperluan 30 orang pelanggannya termasuk Osadchy yang telah memiliki kontrak. Yuran untuk prosedur pembekuan otak ialah RM41,633 manakala pembekuan seluruh tubuh ialah sebanyak RM124,918.
"Semua kos ini perlu dibayar terlebih dahulu. Sebabnya apabila anda mempunyai pelanggan yang merupakan si mati, jadi, anda dikehendaki meminta wang pendahuluan," jelas Medvedev.
Namun, para saintis di bekas institut cryo-biology utama milik Kesatuan Rusia mencemuh prosedur tersebut.
"Mereka menipu orang ramai dan menelan banyak wang. Segala-galanya adalah satu penipuan.
"Biar pun jika anda membekukan satu tubuh hidup yang sihat, mustahil ia masih hidup sepenuhnya selepas dicairkan. Hari ini, kita langsung tidak boleh beku atau memulihara organ manusia kecuali sel-sel tubuh," kata Valentin Grishenko, pengarah institut yang kini berpangkalan di Ukraine.
Abu Luqman : Manusia telah melangkaui pemikiran mereka dengan melakukan perkara perkara yang bertentangan dengan norma norma kehidupan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Kiattikhun membuat laporan selepas dia diserang oleh suspek. - Channel 7 BANGKOK – Seorang leftenan polis dituduh menyerang pegawai kanan be...
-
Dr. Rozmey PETALING JAYA – Sekitar 2010, nama serta gaya Datuk Dr. Rozmey sering kali menghiasi akhbar-akhbar serta kaca televisyen tempat...
-
Gambar hiasan KUALA PILAH – Seorang bekas doktor didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan menyimpan gambar ...
-
Johan Ghazali PETALING JAYA – Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali menafikan pendapatan yang diperolehinya ketika ini sehingga RM1 juta. Jo...
-
Aksi kanak-kanak tersebut ketika mengendalikan jentera berat. PETALING JAYA – Aksi seorang kanak-kanak mengendalikan sebuah jentera berat ...
-
SEEKOR lembu memakan martabak di Indonesia. - Foto pak_ributguru82/Instagram. JAKARTA – Seorang murid sekolah rendah di Lumajang, Indone...
17 comments:
haru biru la nie...otak pun boleh dibekukan..
haha mmg kacau sungguh..sanggup bazir duit utk perkara tak pasti cenggini..baik laburkan utk perkara yg lebih bermakna isk2..
Kuasa Allah mengatasi kebijaksanaan manusia..=)
nak lawan kuasa Allah.. dia cakap xmau.. kalau Allah kata dia mati.. la2 tu gak.. mati.. adeh2
nilah manusia bila tak percaya adanya yg Maha Kuasa...kesian...mari terus sampai2kan dakwah islam kepada mereka yg belum menemuinya :)
sengal btol omputih ni
apa2 lah diorang nie...dalam pandai banyak lagi bodoh dia :)
Sesunggohnya aku jadikan manusia sebaik baik kejadian
uik. ade pulak mnde mcm ni.
its ok..take your time..
ehehe...
kalau mcm tu tak payah la cari..
kalau tak cari mesti jumpa nanti..
kalau cari tak jumpa kan kan..hehe
kalau jumpa bagitau yer..
errr..penat la buat button home kat penutup setiap hari..hehe..try tengok
manusia akhir zaman nie memang ,, fikir untuk hidup selama lamanya
ish ish ish.. buat la macam mana pun. esok lusa kalau dah tiba masa, mati jugak.
ok lah itu cite omputih, ni mungkin dia nak cari duit je kut...! dia guna orang yang tak mau terima kematian yang pasti!
x masok akal
manusia zaman sekarang ramai yang takut mati...
Kalau otak dibekukan... itu mampuslah namanya...
Manusia hari ini lebih percaya sesuatu itu jika ia datang dari barat...
walaupun tak masuk akal langsung...
Xatulen : betul kata awak
Arifaida : betul kata awak
Abu Aiman : depa duit banayk takut la
Muara : Betul kata en muara.. otak beku mati le
Post a Comment