Nuffnang
Monday, August 30, 2010
Persediaan Menyambut Hari Raya Aku Masa Dulu
Semenjak Ayahku meninggal dunia di usia ku 16 tahun, kehidupan kami berubah, sebelum ini semua perbelanjaan keluarga ditanggung oleh Ayahku , semasa itu Ibu ku sebagai ibu tunggal meneruskan kehidupan kami dengan perbelajaan wang yang ditinggalkan oleh Ayahku dan hasil sewa rumah sebanyak RM 150. sebulan . Setelah abangku memnamatkan pesekolahannya selepas SPM , dia mula bekerja untuk menyara kami sekeluarga..syukur alhamdulillah bolehlah kami meneruskan kehidupan disamping pendapatan sewa rumah .
Bila musim hari raya yang paling sedih... aku terpaksa buat kerja sambilan untuk mencari wang lebih untuk membeli baju raya.. kebetulan kat rumah aku ada pengusaha kelapa kering, setiap petang aku mengambil upah mengupas kelapa dengan sebiji 10 sen. Sehari bolehlah 50 hingga 100 biji..dapatlah RM 5.00-10 sehari..aku target nak dapatkan RM 100. setelah 2 minggu punya pulun dapatlah aku beli baju raya tanpa..minta duit dari IBUku...
Kini telah berubah..Ibuku telah tiada...(sedih )..sekarang dengan berkat doa Ibuku serta menasihatiku ,kehidupan ku kini syukur alahmdulillah..anak anak beli baju memang tiap tiap tahun...saya beli...seorang 2 pasang...Abu Luqman juga menceritakan kehidupan kami sekeluarga dulu kepada anak anak...dan anak faham...walaupun sekarang dah ok..aku juga tak lupakan kepada orang lain yang memerlukan...tq semua..hidup biarlah besederhana........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Kiattikhun membuat laporan selepas dia diserang oleh suspek. - Channel 7 BANGKOK – Seorang leftenan polis dituduh menyerang pegawai kanan be...
-
Dr. Rozmey PETALING JAYA – Sekitar 2010, nama serta gaya Datuk Dr. Rozmey sering kali menghiasi akhbar-akhbar serta kaca televisyen tempat...
-
Gambar hiasan KUALA PILAH – Seorang bekas doktor didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan menyimpan gambar ...
-
Johan Ghazali PETALING JAYA – Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali menafikan pendapatan yang diperolehinya ketika ini sehingga RM1 juta. Jo...
-
Aksi kanak-kanak tersebut ketika mengendalikan jentera berat. PETALING JAYA – Aksi seorang kanak-kanak mengendalikan sebuah jentera berat ...
-
SEEKOR lembu memakan martabak di Indonesia. - Foto pak_ributguru82/Instagram. JAKARTA – Seorang murid sekolah rendah di Lumajang, Indone...
16 comments:
Kalau raya..tak beli baju raya tak lengkaplah raya kite...tapi tak ade pulus cam ne ye
Berayalah sekadar mengikut kemampuan kita..dan untuk anak2 pon saya selalu kata begitu..dan InsyaAllah mereka tidak meminta-minta...kerana begitu juga pesanan Arwah ayah kepada saya dahulu...bersederhana sebaik mungkin...
Salam...
Aku p[ernah merasai kesusahan tp tak la sampai tak ada baju raya. Mamaku akan usahakan juga utk beli walaupun sepasang tp raya haji pun pakai baju yg sama la...kiranya setahun sepasang baju baru...
Gambar tu macam aku kenal je....itu kat Pekan Rabu Alor Setar.siap ada kedai sulaiman songkok lagi tu. Aku kenal sgt lokasi tu sbb aku pernah kerja di situ dulu sementara tunggu result STPM.
teringat masa kecik2 dulu..arwah ayah bawa kami ramai2 beli baju raya duit hasil titik peluh menjual kelapa dan menangkap ikan di sawah..susah betul mereka masa tu..kita patut bersyukur dgn apa yg ada hari ini..
sy xpernah rase susah..tp ayah ibu memang menerapkan amalan bersederhana..tahun ni pun baju raye tak baru..pakai aje la ape yg ade..alhamdulillah
assalamualaikum,
Sila dengarkan Radio Rakyat.net - bersiaran 24 jam sehari .
Kuliah agama dan isu semasa, bacaan al-quran, promosi iklan produk, hiburan berunsur islamik
dengarkan online di:
http://www.radiorakyat.net
http://www.radiorakyat.blogspot.com
atau di blog-blog berhampiran anda.
tuan blog/web juga boleh masukkan kod widget html radio rakyat di http://www.radiorakyat.blogspot.com
aa.tak mati tak pakai baju raya.hee.cuma sebagai pemeriah je.
salam...
Kisah kehidupan zaman kita dulu tak sama mcm sekarang..bila diingat memang jauh berbeza..zaman dah berubah..
:( sedihnyer.. alhamdulillah khdpn sy x mcm tu :(
xpelah xde bj ry :(
Alhamdulillah..
Bersyukur...
sedih jgk bc entry ni..ada pilunya disitu.. sy boleh rsa
tq semua rakan blogger.
itulah kisah kehidupanku anak petani..
iza ..memamng gambar kat pekan rabu..saaya selalu shoping kat situ
emm tersentuh bc kisah ni..bg ice..beraya biarlah bersederhana..ice xkisah pn kalau xde baju baru..dpt bersama keluarga lebih penting..
Terpulang kepada kita untuk memberi makna kepada sambutan hari raya. Moga generasi masakini akan meneruskan budaya menziarah dan bermaaf-maafan
raya dengan penuh kesederhanaan lebih baik dpd pokai lepas raya kan...
mmg kita disunatkan berpakaian cantik di hari raya, tp tak semestinya yg baru kan..kecik2 dulu pun keluarga kami susah juga..dpt baju raya sepasang dah seronok sngt2
Post a Comment