Nuffnang
Friday, October 22, 2010
Festival Busana Muslim hina Islam - Helwa Abim
KUALA LUMPUR, 22 Okt: Bahagian Hal Ehwal Wanita (Helwa) Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) memandang serius penganjuran Islamic Fashion Festival atau Festival Busana Muslim di Kuala Lumpur, baru-baru ini yang gagal memenuhi serta mematuhi kehendak syariah serta konsep aurat yang digariskan di dalam Islam.
Helwa Abim berpandangan bahawa isu penjagaan aurat dan hijab adalah vital sekiranya masyarakat mahu membicarakan tentang fesyen Islam.
“Justeru, Helwa Abim merasa sangat kecewa dan terkilan dengan interpretasi fesyen Islam yang gagal dihayati dan difahami secara keseluruhannya, khususnya menyentuh isu penjagaan aurat yang menjadi elemen terpenting dalam penghayatan Islam secara keseluruhannya,” ujar Naib Presiden Helwa Abim, Fadhlina Siddiq dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Malah, katanya apa yang dipotretkan kepada masyarakat sewaktu penganjuran Islamic Fashion Festival itu nyata jauh tersasar dan mengelirukan masyarakat Islam sendiri malah serta merupakan unsur-unsur penghinaan terhadap Islam dengan jelas.
Tegasnya, menutup aurat dan hijab adalah lambang wanita Islam yang hadir dengan esensi murni yang signifikan untuk memelihara kehormatan, maruah dan melambangkan akhlaq seorang wanita Islam.
Tambahnya, aa bukan pakaian bermusim untuk pesta-pestaan serta bukan pakaian untuk melambangkan siapa yang lebih Islamik.
“Bahkan ia juga bukan interpretasi bahawa inilah pakaian Islam yang sebenar mengikut pandangan peribadi sesiapapun,” ujarnya.
Jelasnya lagi, anjuran menutup aurat bukan untuk pesta-pestaan semata-mata kerana ia adalah anjuran ketegasan wahyu dan perintah yang tuntas demi menjaga kehormatan dan maruah seorang wanita Islam sebagaimana yang terkandung di dalam al-Quran. Harakahdaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Kiattikhun membuat laporan selepas dia diserang oleh suspek. - Channel 7 BANGKOK – Seorang leftenan polis dituduh menyerang pegawai kanan be...
-
Dr. Rozmey PETALING JAYA – Sekitar 2010, nama serta gaya Datuk Dr. Rozmey sering kali menghiasi akhbar-akhbar serta kaca televisyen tempat...
-
Gambar hiasan KUALA PILAH – Seorang bekas doktor didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan menyimpan gambar ...
-
Johan Ghazali PETALING JAYA – Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali menafikan pendapatan yang diperolehinya ketika ini sehingga RM1 juta. Jo...
-
Aksi kanak-kanak tersebut ketika mengendalikan jentera berat. PETALING JAYA – Aksi seorang kanak-kanak mengendalikan sebuah jentera berat ...
-
SEEKOR lembu memakan martabak di Indonesia. - Foto pak_ributguru82/Instagram. JAKARTA – Seorang murid sekolah rendah di Lumajang, Indone...
13 comments:
tengok kat pakaian dia sudah la...fikir fikirkan lah ye
nper x d amik tindakan ???
bahaya nih...
Sape yang berani amek tindakan atas Rosmah??
Selepas solat jumaat hari ni, akan ada perhimpunan bantah n desak si Rosmah mintak mahap open utk semua..
same2la memeriahkan majelis..
kot mana yang islamic nya pun tak tahu lah. Rosak umat.
ini lah yang dikatakan akhir zaman
apa kejadahnya fesyen show mcm ni dikatakan fesyen terkini org islam...
nakal x fhm laa..nape masih wujud golongan serupa ini,,uhuhhu
islam pada nama saja, amal takde ...
Dr Asri Zainal abidin komen dalam Malaysia Kini...
yang menganjurnyer pun 2x5 jugak...
Sekali tengok pon,da la x tutup aurat.......
dah tue coraknyer.....
hmm,lagi la.......
Nieyh bukan fashion show islamik....
Nie fashion show yang menghina!
maaf rasanya ada pembetulan mengenai lokasi pengajuran ISLAMIC FASHION tuh, sebenarnya di Monte Carlo.. bukan di Kuala Lumpur, setiap fakta perlu diambil berat,
biar dibumi mana pun penganjuran apa2 program atas nama Islam, sedang ia bersalahan dengan syariat patut ditentang (dengan mempertingkatkan dakwah) dan ditolak habis-habisan (seperti kisah Masjid Dhirar zaman Nabi Muhammad).
Semoga ALlah melindungi kita semua dari Fitnah akhir zaman ini.
Post a Comment