Nuffnang
Tuesday, October 19, 2010
Hakim putuskan suami boleh pukul isteri...Setujukah Anda.
Gambar Hiasan Je
ABU DHABI - Mahkamah tertinggi Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menyatakan seorang lelaki boleh memukul isteri dan anak kecilnya asalkan pukulan itu tidak meninggalkan tanda fizikal pada tubuh mereka.
Keputusan Mahkamah Agung Persekutuan tersebut menunjukkan pengaruh kuat undang-undang Islam di UAE selain tarikannya dalam kalangan komuniti antarabangsa ekoran bilangan rakyat asing jauh melebihi penduduk tempatan di negara berkenaan.
Mahkamah berkenaan membuat keputusan itu pada awal bulan ini dalam kes seorang lelaki yang memukul isteri dan anak perempuannya yang telah dewasa sehingga tubuh mereka luka dan berparut.
Ia memutuskan bahawa lelaki itu bersalah kerana mencederakan kedua-dua wanita terbabit tetapi menyatakan, undang-undang Islam membenarkannya untuk tujuan mendisiplin selagi pukulan itu tidak meninggalkan tanda atau parut.
Hakim mahkamah itu turut melarang kanak-kanak yang mencapai usia akil baligh daripada dipukul.
Keputusan itu dilaporkan semalam dalam akhbar The National. - AP..KOSMO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Kiattikhun membuat laporan selepas dia diserang oleh suspek. - Channel 7 BANGKOK – Seorang leftenan polis dituduh menyerang pegawai kanan be...
-
Dr. Rozmey PETALING JAYA – Sekitar 2010, nama serta gaya Datuk Dr. Rozmey sering kali menghiasi akhbar-akhbar serta kaca televisyen tempat...
-
Gambar hiasan KUALA PILAH – Seorang bekas doktor didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan menyimpan gambar ...
-
Johan Ghazali PETALING JAYA – Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali menafikan pendapatan yang diperolehinya ketika ini sehingga RM1 juta. Jo...
-
Aksi kanak-kanak tersebut ketika mengendalikan jentera berat. PETALING JAYA – Aksi seorang kanak-kanak mengendalikan sebuah jentera berat ...
-
SEEKOR lembu memakan martabak di Indonesia. - Foto pak_ributguru82/Instagram. JAKARTA – Seorang murid sekolah rendah di Lumajang, Indone...
15 comments:
Wanita hidup bukan untuk dipukul...
Tak berapa setuju la..takut sekali pukul.Laki2 tu akan pukul berkali2..huu
pukul tu jalan yg terakhir.itupun kalau wanita ituteruk sgt......nasihatlah dahulu dgn cara berhemah...
The Truth about Wife Beating and Islam
Penjelasan yang sangat jelas daripada ust. Yusuf Estes, sila ambil masa untuk dengar dan fahami. Musuh Islam menggunakan tafsir ayat 34 surah An-Nisa untuk memburukkan Islam dengan mengatakan Islam menggalakkan pukul isteri. Walhal kalau diteliti dari segi istilah bahasa, terdapat kepincangan dari segi tafsiran. Kalau pukul, sekuat mana? Di sinilah yang selalu orang terkeliru. Sebab tu kalau nak fahami Al-Quran, tak boleh baca tafsir semata-mata, kena tahu bahasa Arab juga.
kalo seseorang benar² faham dgn ad-Deennya, pilihan yang dibuat adalah paling rasional yang die ada..
p/s: persoalan hukuman Tuhan tidak layak untuk dibincangkn manusia, tetapi belajarlah utk memahaminya dari sudut yg positive,
kalo dah bini pukui isteri,apa gaknya taraf suami pada isteri?musykil2..camne la leh kua statement camtuh hakim nie..syurga di bawh tapak kaki sape?hakim?haha
ehh..kenyataan gua yang salah tulis..haha..suami perlu mengajar isteri dengan nasihat dahulu sebelum isteri masih berdegil,memulaukan isteri tanpa bercakap padanya ,jika massih degil,harus dipukul(bukan sepak terajang)agar isteri menyesali perbuatannya
betul kata rakan blogger semua...hukuman ini perlu dilihat dari segi Ilmiah bukan dari segi nafsu semata...pukul manja kut...hampa tak tau
saya bangkang tuan hakim nanti melampau2 bila dibagi peluang pukul suami dipukulnye pakai kuali, senduk, pinggan, mangkuk bertingkat bla bla bla
singgah bel0g kue :-) http://kuejournal.blogspot.com/
setuju ngan komen gen fujita dan hani..
apa sampai nak pukul pukul nie ...gunakanla diplomasi ....toleransi...ingat tak masa mula2 bercinta...cuba imbas kenagan masa manis dahulu.....
bertolak ansur adalah lebih baik dan saling faham memahami adalah kuncinya...
bergantung pada cara pukul ... pukul adalah jalan yang terakhir . Pukul pun jangan sampai ada tanda seperti lebam ... tu memang dah melampau
Pendapat kak pula, yang penting siasat dulu kenapa isteri berubah sikap. Kenali punca dan cari jalan penyelesaian. Keluarga kedua2 belah pihak mesti ambil peranan, jangan sampai isteri derhaka pada suami dan suami pula terlanjur membantai isteri. Pasangan mesti berani minta tolong kalau mahukan yang terbaik untuk anak2 dan diri mereka sendiri, wallahualam.......
hahahahahah..JENUHLAA SI SUAMI gheja dok kena TAEKWONDo ngan si BIni....hahahhahaha......
BTW en.Lokman ~ salam pekenalan..THANK'S ya sudi FOLOW blog sy yg.tah hapa-hapa ...
SALAM UKHwah
sikap yang amat tercela dalam sesebuah rumahtangga ialah bila suami memukul isteri. dan kesannya ialah terhadap anak2 yang melihat ibu mereka di pukul oleh ayah sendiri.
kalau ada masalah yang memang tak dapat diselesaikan adalah lebih baik: kalau sewaktu meminang secara baik kalau dah tak suka pulangkan kepada orangtuanya secara baik. jangan jadi lelaki dayus.
Post a Comment