Nuffnang
Friday, November 26, 2010
Curi wang isteri bayar hutang kahwin..Pun Ada
CHOON GUAN (kiri) menunjukkan wang tunai dan barang kemas yang dirampas daripada seorang lelaki untuk membayar hutang kahwin di Muar semalam.
MUAR – Buntu mahu menyelesaikan baki hutang semasa berkahwin Februari lalu, seorang lelaki tergamak mencuri barang kemas dan wang tunai isterinya sendiri sebelum membuat laporan polis palsu mengatakan dia dirompak pada malam Selasa lalu.
Sebelum itu, suspek, 22, seorang pemandu lori membuat laporan polis mendakwa dia dirompak ketika pulang kerumahnya di Taman Temiang Jaya, Jalan Kim Kee di sini pukul 8.40 malam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Supritendan Lee Choon Guan berkata, hasil siasatan bagaimanapun mendapati keterangan suspek mencurigakan sebelum lelaki itu mengaku mencuri barangan kemas dan wang tunai milik isterinya yang berusia 32 tahun.
“Ketika disoal siasat, suspek mendakwa diserang tiga lelaki warga asing yang bersenjatakan senapang patah dan parang ketika pulang ke rumah.
“Namun keterangannya didapati meragukan sebelum polis menemui barangan kemas dan wang tunai berjumlah RM2,017 di dalam sebuah beg galas yang disembunyikan dalam but kereta Perodua Kancil milik suspek,” katanya kepada pemberita semalam.KOSMO..Macam macam ye...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Kiattikhun membuat laporan selepas dia diserang oleh suspek. - Channel 7 BANGKOK – Seorang leftenan polis dituduh menyerang pegawai kanan be...
-
Dr. Rozmey PETALING JAYA – Sekitar 2010, nama serta gaya Datuk Dr. Rozmey sering kali menghiasi akhbar-akhbar serta kaca televisyen tempat...
-
Johan Ghazali PETALING JAYA – Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali menafikan pendapatan yang diperolehinya ketika ini sehingga RM1 juta. Jo...
-
Gambar hiasan KUALA PILAH – Seorang bekas doktor didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan menyimpan gambar ...
-
Aksi kanak-kanak tersebut ketika mengendalikan jentera berat. PETALING JAYA – Aksi seorang kanak-kanak mengendalikan sebuah jentera berat ...
-
SEEKOR lembu memakan martabak di Indonesia. - Foto pak_ributguru82/Instagram. JAKARTA – Seorang murid sekolah rendah di Lumajang, Indone...
17 comments:
yelah tu..dah letak harga tinggi cmtulah jdnya....dinaz nk cdgkan supaya pasangan yg nk kawen nt tong2 saja...jgn sampai berhutang lbh dr kemampuan...kesian laki tu...wakakaa..
lps nie dinaz pun ..hantaran tak tinggi ye,,,huhu
salam,
camtu pun ada jgk...
macam2 ada , nasib sang isteri
mcm2 sekrang ni
Adem & Cats
ma kasih
My Little diry
Sudais
Ademm Aizad...semua la mahal begitulah jadinya
pompuan kalau nak letak hantaran melambung,tengok le dulu kemampuan suami supaya tak menyusahkan diri kemudian hari.huahuahua..
daisy...
kalau la ni nak kawin..belanja habih kurang kena ada RM 10,000 ..tak termasuk kenduri tu
macamanalah lelaki begini nak jaga anak isteri kalau dia sendiri cuai terhadap amanah yang telah di pertanggungjawabkan kepadanya.
Macam-macam hal dunia sekarang nie :(
Entri Terbaru "Rugikah... jika kita tidak meninggalkan balasan komen?
"
kesian kat dia...bukan suka2 dia nak wat macam tuh.Polis pon tak sporting langsung.huh
terima kasih
AAP..Betul tu..ye
Biskut : dia memang tak ada wang kut
laa..jual jele kete kancil tu..abih citer..hehe
Cinta itu buta...
berselisih pendapat di dalam rumahtangga adalah asam garamnya..
saling paham memahami antara satu sama lain adalah lebih baik...
Buangkan sikap ego...jujurlah pada diri sendiri..nescaya aman damai...
ingatpada-NYa.....
terima kasih mr curley
dan kak mimie....
Tah paper..duit ngan barang kemas isteri sendiri punnak curi.. tak patut.
Post a Comment