Nuffnang
Tuesday, November 30, 2010
Dr Mahathir : Malaysia tak perlu menara 100 tingkat
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi amaran bahawa rancangan kerajaan bagi membina bangunan 100 tingkat Warisan Merdeka akan menyaksikan lebihan hartanah dan ruang npejabat yang kini sudahpun melanda Lembah Klang.
“Jika anda bertanya saya, kita belum memerlukan menara 100 tingkat itu,” kata Mahathir ketika menjawap soalan daripada hadirin pada persidangan "Revisiting Vision 2020" anjuran Institut Pemasaran Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.
"Saya lihat banyak papan tanda 'untuk dijual' dan 'untuk disewa' apabila saya bersiar-siar. Ini bermakna kita telah mempunyai bangunan yang mencukupi.
Sebelum ini, Mahathir menggesa kerajaan merujuk dengan rakyat berhubung projek Warisan Merdeka dan secara tidak langsung menyokongnya kerana berpendapat ia akan memberi kesan ekonomi yang positif.
Dalam nada yang sama, Mahathir berkata beliau mungkin mempunyai pandangan yang berat sebelah kerana Menara Berkembar Petronas adalah projek semasa pemerintahnnya dan beliau tidak mahu melihat rekodnya sebagai bangunan tertinggi di negara ini diatasi.
"Mereka boleh bina, tetapi bukan sekarang, mungkin kemudian... apabila saya tiada lagi,” katanya dalam nada bergurau.
Dubai merupakan contoh klasik tentang lebihan bangunan, katanya lagi ketika menjawab soalan lain daripada hadirin.
Menurut beliau, Jepun dan Hong Kong juga mengalami keadaan yang sama pada masa
lalu.
"Jepun masih belum pulih daripada keruntuhan ekonominya disebabkan oleh lebihan bangunan. Begitu juga Dubai dan apa yang terjadi di sana, boleh terjadi di mana-mana sahaja.
"Banyak orang beli dengan harapan harga akan naik dan mereka boleh menjualnya untuk mendapatkan keuntungan, tetapi ada kalanya harga melonjak terlalu tinggi hingga tidak boleh jual.
"Bila tidak boleh jual, kita tidak boleh bayar balik pinjaman yang kita ambil untuk beli harta itu. Bila perkara begini berlaku dengan meluas, bank-bank akan menjadi mangsa kerana tidak boleh dapat balik wang yang dipinjamkan," kata Mahathir.
Oleh itu, Malaysia perlu berhati-hati.
"Hari ini, kita nampak banyak kren di Kuala Lumpur dan seluruh negara, kita juga bina, tidaklah gila-gila, tetapi gila juga membina," katanya berjenaka. Malaysiakini
Nota : Kita tunggu jawapan daripada pencadangnya ye........tunggu......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Kiattikhun membuat laporan selepas dia diserang oleh suspek. - Channel 7 BANGKOK – Seorang leftenan polis dituduh menyerang pegawai kanan be...
-
Dr. Rozmey PETALING JAYA – Sekitar 2010, nama serta gaya Datuk Dr. Rozmey sering kali menghiasi akhbar-akhbar serta kaca televisyen tempat...
-
Gambar hiasan KUALA PILAH – Seorang bekas doktor didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan menyimpan gambar ...
-
Johan Ghazali PETALING JAYA – Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali menafikan pendapatan yang diperolehinya ketika ini sehingga RM1 juta. Jo...
-
Aksi kanak-kanak tersebut ketika mengendalikan jentera berat. PETALING JAYA – Aksi seorang kanak-kanak mengendalikan sebuah jentera berat ...
-
SEEKOR lembu memakan martabak di Indonesia. - Foto pak_ributguru82/Instagram. JAKARTA – Seorang murid sekolah rendah di Lumajang, Indone...
25 comments:
kita dah cadang jangan bina...penuhi angunan yang sedia ada..simpan duit tu..anak kami nak sekolah..masuk u..kan ka
manusia berlumba2 buat bangunan pencakar langit...
moga2 rancangan ni tak jadi.
Setuju. Malaysia belum perlu tambah bangunan 100 tingkat. Anak2 kita nak pakai duit tu utk ke U dan kolej2..Pinjaman PTPTN perlu di tambahbaik utk lonjakan modal insan. Sekali lagi, Malaysia belum perlu tambah bangunan 100 tingkat.
ahaks...xbraper nampak lagi kepentingan menara 100 tingkat tu...lebih baik xyah wat la...gunakan duit yang ader tu utk menda lain...byk lagi keperluan yg perlu dipenuhi berbanding dgn kehendak nih...
najib nak tinggalkan tmpuk dgn adanya kemegahan 100 tigkat mnara
salam terima kasih
sarah abadan...cadangan yang baik
faizal : kena tangguh ...duluye
terima kasih
Kak Imun : cadangan yang baik
ijatnuar 87: terima kasih ye..buat benda lain ye
salam....hahahah....abu luqman...seyes..immukmin sokong dgn pendapat anda..dan pendapat mantan perdana menteri...kita tidak perlu menara yang tinggi..semata2 untuk menunjuk kan dunia..yg kita ni hebat..tapi kita memerlukan..pendidikan yang tinggi..dan ilmu dlm bidang sains dan teknologi..serta bisnes antarabangsa..bagi meningkatkan..ekonomi malaysia..bukan menghabiskan duit dgn menra merdeka ini.... ini pandangan dari immukmin....
tande2 kecil : kiamat !
~ Berkejar-kejar membina bangunan pencakar langit ..
agak nyer kene bina ni kot ..
Baru malaysia nampak dari negar len ..
HAHA
si najib tu nak lawan mantan perdana menteri ke4.
Salam sahabat...selera org ttp berbeza :(
Entri Terbaru "Hadirlah sayang..."
Entri Terbaru "Aku Menulis Ikut Cara Aku"
terima kasih :
Immukmin : same2
Salehuddin Said : Iulah tanda kiamat kecil
Terima ksih
Seri : etul tu
Akuanak pahang : betul rambut sama hitam hati lain 2
Betul juga pendapat Tun tu...saya memang meminati pendapat-pendapat beliau yang bernas dari dulu sampai sekarang.
huhuhuhu.......salam singgah n baca komen disini...
terima kasih
Cempakamelati
TuliP...tq for comen tol all
Kalau dibina juga maka bersiaplah,kemungkinan itu petanda kepada kejatuhan pasaran hartanah di M'sia.
nak buat apa bangunan tinggi2?bukannya satu keperluan pun..tapi kehendak..saja nak menunjuk pada negara luar..walaupun negara banyak berhutang untuk ape?ibarat seperti kata pepatah la..biar papa asal bergaya..
Yes Mr Tomas..betu tu :
RMZM....bukan apa ...yang bayar duit bina bagunan tu duit kita la...walupun PNB ..biyai. .pelaburannya
bagus lak mahathir kli ni..huhu
...antara tanda-tanda kiamat adalah...yang miskin berlumba-lumba untuk membina bangunan tinggi-tinggi...
wallahua'lam...
permikiran DR Mahathir memamng terbaik..
SEBAGAI RENUNGAN
sebelum buat banugnan,,mengapa tidak diajalankan survey..atau research? berapa % yang masih memerlukan ruang pejabat? berpa % yang harus dipenuhi...
Boleh jugak buat forcasting...planning 10 years in advance..perlu sangatkah membina bangunan tinggi2 lagi??
Howdy! Quick question that's entirely off topic. Do you know how to make
your site mobile friendly? My weblog looks weird when viewing from my iphone.
I'm trying to find a template or plugin that might be able to correct this problem.
If you have any recommendations, please share.
Thank you!
Here is my page law firms phoenix az
Post a Comment