Nuffnang
Saturday, June 16, 2012
Mat Sabu: Kenapa Rahsiakan PRU, siapa nak tanggung dosa ibadah haji ?
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu bertanggungjawab atas dosa umat Islam yang mahu menunaikan fardu haji sekiranya jika benar pilihan raya umum diadakan pada waktu itu.
Mohamad berkata, tarikh pilihan raya yang masih menjadi teka-teki menimbulkan keresahan umat Islam keseluruhannya yang mahu melakukan persediaan untuk mengerjakan haji.
"Teka-teki ini menyebabkan orang yang hendak menunaikan haji, mungkin tangguh atau tidak. Mungkin yang dapat tahun ini akan tangguh. Najiblah, akan memikul dosa ini semua.
"Jadi perdana menteri bertanggungjawab di atas dosa orang-orang Islam yang hendak menunaikan haji, tetapi menjadi teka teki dan persediaan dan sebagainya, kegelisahan kaum keluarga dan seluruh umat Islam di Malaysia," katanya.
Mohamad menjawab soalan kartunis Zunar dalam wawancaranya bersama saluran dalam talian Radio Bangsar Utama (RABU) di Kuala Lumpur malam tadi.
'Mengurus negara lebih penting'
Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque bertanya tentang kontroversi gesaan PAS meminta anggotanya yang terlibat langsung menangguhkan haji ekoran tarikh pilihan raya masih menjadi teka teki.
Mohamad yamg lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, "mengurus negara" melalui penglibatan dalam pilihan raya lebih penting daripada mengerjakan haji kerana ia boleh ditangguh.
Sebelum ini Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilapor meminta ahli PAS - khususnya calon, wakil calon atau agen parti - supaya menangguh ibadah itu jika pilihan raya berlangsung antara September hingga Oktober.
Mohamad juga mencabar Najib yang juga presiden Umno supaya mengumumkan tarikh pilihan raya umum sekarang jika tidak mahu menanggung dosa, sekalipun berkuasa mengadakannya pada masa lain.
"Perdana menteri tak takutkah memikul dosa ini? Jadi beliau mesti membuat penjelasan bila pilihan raya itu, supaya orang Islam yang hendak menunaikan haji, atau tahun ini (mereka yang) mendapat gilirannya, boleh bersedia bagi menunaikan fardu haji.
"Saya cabar (Najib) tentukan (tarikhnya). Kalau tidak, kamu memikul dosa umat Islam.
"Saya tak tahulah, kamu sekarang tak ada dosa, tapi nak memikul dosa lebih besar ini, sudah tentu lebih berat," katanya sinis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Kiattikhun membuat laporan selepas dia diserang oleh suspek. - Channel 7 BANGKOK – Seorang leftenan polis dituduh menyerang pegawai kanan be...
-
Dr. Rozmey PETALING JAYA – Sekitar 2010, nama serta gaya Datuk Dr. Rozmey sering kali menghiasi akhbar-akhbar serta kaca televisyen tempat...
-
Gambar hiasan KUALA PILAH – Seorang bekas doktor didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan menyimpan gambar ...
-
Johan Ghazali PETALING JAYA – Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali menafikan pendapatan yang diperolehinya ketika ini sehingga RM1 juta. Jo...
-
Aksi kanak-kanak tersebut ketika mengendalikan jentera berat. PETALING JAYA – Aksi seorang kanak-kanak mengendalikan sebuah jentera berat ...
-
SEEKOR lembu memakan martabak di Indonesia. - Foto pak_ributguru82/Instagram. JAKARTA – Seorang murid sekolah rendah di Lumajang, Indone...
6 comments:
macam Siti ni..biarlah rahsia..tak baik tau!
nak buat awal takut kalah...
bagitau awal senang ceritakan
kalau sya pergi haji penting :)
pergi jela haji.. tak payah dipikirkan sangat soal pilihanraya kalau betul2 mahu mengerjakan haji :) soal dosa atau pahala kita manusia tak layak menentukan. Maaf jika saya terkasar bahasa.. :)
Betul berdoa didepan Kaabah lebih maqbul. . kalau tak boleh mengundi, mohon keputusan megundi dari Allah dia segala penentu. . .
Post a Comment