Nuffnang
Monday, July 8, 2013
Perghh...ANAK ANAK Muda ..Terkantooi dengan BLIM..baca sini.
ANAK-ANAK MUDA YANG MENYOKONG UMNO PADA PRU 13 LALU SUDAH KENA KENCING OLEH JANJI BL1M!!!!!..IANYA LEBIH MERUPAKAN SEKADAR GULA-GULA PRU 13 SAJA!!!!! OMAk Kau.
Kelewatan maklum balas mengenai permohonan Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) mendapat kritikan pelbagai pihak, malah ada yang mendakwa program itu sekadar gula-gula menjelang pilihan raya, Mei lalu.
Mohamad Osman, 53, berkata, BL1M hanya bertujuan menarik golongan muda atau pengundi baru menyokong BN sedangkan program itu masih belum dilaksanakan hingga kini.
Sehubungan itu katanya, penjaga mahu pihak berkenaan memulangkan duit permohonan berjumlah RM199 dalam tempoh seminggu atau mereka nekad membuat laporan polis berhubung penipuan tersebut.
“Saya yakin projek ini sebenarnya tidak mampu dilaksanakan kerajaan kerana sudah lebih empat bulan pemohon tidak menerima apa-apa maklum balas.
“Baru-baru ini, anak saya ada membuat pembatalan permohonan kerana mahu mengambil lesen B2 sendiri. Tetapi apabila diminta dipulangkan wang, mereka memberitahu akan membayar secara ansuran,” katanya.
Mohamad berkata, jawapan itu langsung tidak logik kerana semasa permohonan, setiap pemohon diwajibkan membuat pembayaran penuh, sebaliknya apabila pembatalan permohonan, bayaran balik akan dilaksanakan secara ansuran.
Dakwanya, keadaan itu jelas menunjukkan duit dikumpulkan menerusi BL1M di seluruh negara bertujuan menampung keperluan menghadapi PRU.
“Kami nekad untuk melaksanakan hasrat kami. Kami bukan mengugut tetapi sekadar mahu menegakkan hak kami. Jadi, pulangkan duit kami segera,” katanya.
Menurutnya, kegagalan BL1M menyebabkan anak-anak muda tidak dapat menjalani latihan dan ujian di mana-mana kelas memandu, selagi nama mereka belum dibatalkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
Johan Ghazali PETALING JAYA – Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali menafikan pendapatan yang diperolehinya ketika ini sehingga RM1 juta. Jo...
-
Dr. Rozmey PETALING JAYA – Sekitar 2010, nama serta gaya Datuk Dr. Rozmey sering kali menghiasi akhbar-akhbar serta kaca televisyen tempat...
-
Dua ekor kambing yang ditahan di dalam kereta polis di Kent, Washington. - Instagram WASHINGTON – Dua ekor kambing ditahan polis selepas m...
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
SEEKOR lembu memakan martabak di Indonesia. - Foto pak_ributguru82/Instagram. JAKARTA – Seorang murid sekolah rendah di Lumajang, Indone...
-
Aksi kanak-kanak tersebut ketika mengendalikan jentera berat. PETALING JAYA – Aksi seorang kanak-kanak mengendalikan sebuah jentera berat ...
-
Kiattikhun membuat laporan selepas dia diserang oleh suspek. - Channel 7 BANGKOK – Seorang leftenan polis dituduh menyerang pegawai kanan be...
1 comment:
dah agak agak dah
Post a Comment