Nuffnang

Wednesday, December 4, 2013

Gambar Dua Anggota Polis Pengiring sultan Brunei Yang Kemalangan..

GAMBAR DUA ANGGOTA POLIS YANG TERLIBAT DALAM KEMALANGAN SEHINGGA TERPAKSA SULTAN BRUNEI SENDIRI MENGAWAL LALULINTAS.




Dua pengiring Polis DiRaja Brunei dimasukkan ke hospital selepas mereka di rempuh oleh sebuah kereta dari arah depan berhampiran Taman Jerudong  Lebuhraya Muara-Tutong kelmarin.

Seorang pegawai mengalami keretakan pada bahu kiri dan lengan, manakala seorang lagi sungguh terkejut selepas mereka di rempuh oleh seorang pemandu wanita, yang dipercayai memandu melebihi had laju, gagal menghentikan keretanya dan terus merempuh ke arah kedua-dua pengiring di tengah-tengah lebuh raya.

Kemalangan itu berlaku kira-kira jam 5:40 ptg 1hb Disember 2013 apabila kedua-dua pengiring mau memberhentikan kereta di lebuh raya tersebut untuk memberi laluan kepada  sebuah kereta diraja lalu, kata polis.

Dua pemandu dikatakan telah memhentikan kereta mereka apabila sebuah kereta secara tiba-tiba mencelah antara kedua-dua kereta, melanggar salah satu kenderaan di sebelah kiri dan terus merempuh kedua-dua anggota pengiring bermotosikal.

Pemandu wanita dipercayai langgar pengiring yang pertama, manakala keretanya yang tidak dapat dikawal terus melanggar pengiring kedua, menyebabkan dia cedera ringan.

Polis berkata, pemandu wanita juga mengalami kecederaan dan kini menerima rawatan lanjut di Hospital  Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

2 comments:

Anonymous said...

Saya nak ucspkan syabash kepada baginda sultan brunei yang menunjukkan sikap perihatin baginda dalam keadaan yang amat kritikal bilamana kemalangan itu berlaku disebabkan oleh seorang pemandu wanita

yanmaneee said...

yeezy boost 350
yeezy 500 blush
hogan outlet online
adidas yeezy boost
kyrie 6
golden goose sneakers
golden goose outlet
puma fenty
off white hoodie
balenciaga sneakers

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung