Prof Izzi Minta Rehat Hingga Kontroversi Selesai - Reaktor UITM | Menerusi perkembangan terkini kes membabitkan Prof Izzi dengan seorang pelajar, pihak Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis mengesahkan pensyarah yang juga pakar motivasi terkenal sudah meminta pihak pengurusan institut pengajian tinggi itu untuk merehatkan dirinya buat sementara waktu.
Tindakan itu dibuat oleh pensyarah berkenaan berikutan kontroversi yang tersebar meluas di media sosial mengaitkan dirinya dengan perbuatan salah laku dengan seorang pelajarnya.
Rektornya Prof Datuk Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman berkata, sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu, pihaknya bertindak memanggil pensyarah berkenaan demi reputasi universiti itu.
“Sebagai ketua, saya bertindak memanggil pensyarah berkenaan untuk berbincang sebelum beliau meminta untuk bercuti bagi menenangkan diri sehingga kes selesai.
“Malah, pelajar yang membuat laporan polis berkenaan juga kini sedang bercuti semester di kampungnya,” kata Reaktor UiTM, semalam.
Menurutnya, tindakan pelajar berkenaan membuat laporan polis mendakwa dirinya dicabul kehormatan oleh pensyarah berusia 40-an itu ketika di bilik lelaki berkenaan adalah hak individu masing-masing.
“Itu hak pelajar berkenaan untuk membuat laporan polis, sebagai rakyat Malaysia tiada seorang pun dihalang untuk berbuat demikian.
“Malah, saya tegaskan di sini, pihak UiTM tidak pernah berdiam diri dan sentiasa menjaga imej baik institusi pengajian ini, kita juga sudah mengambil tindakan yang sepatutnya dan yang lain serah kepada polis untuk menjalankan siasatan,” katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, tidak sepatutnya laporan polis dan maklumat peribadi pelajar berkenaan disebar meluas ke dalam laman sosial Facebook dan blog.
“Saya kesal dan sedih perkara ini tersebar begitu cepat berikutan membabitkan maruah kedua-dua mereka. Apa yang saya boleh katakan, perkara ini masih dalam siasatan pihak polis,” katanya.
Nuffnang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
Johan Ghazali PETALING JAYA – Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali menafikan pendapatan yang diperolehinya ketika ini sehingga RM1 juta. Jo...
-
Dr. Rozmey PETALING JAYA – Sekitar 2010, nama serta gaya Datuk Dr. Rozmey sering kali menghiasi akhbar-akhbar serta kaca televisyen tempat...
-
Dua ekor kambing yang ditahan di dalam kereta polis di Kent, Washington. - Instagram WASHINGTON – Dua ekor kambing ditahan polis selepas m...
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
SEEKOR lembu memakan martabak di Indonesia. - Foto pak_ributguru82/Instagram. JAKARTA – Seorang murid sekolah rendah di Lumajang, Indone...
-
Aksi kanak-kanak tersebut ketika mengendalikan jentera berat. PETALING JAYA – Aksi seorang kanak-kanak mengendalikan sebuah jentera berat ...
-
Kiattikhun membuat laporan selepas dia diserang oleh suspek. - Channel 7 BANGKOK – Seorang leftenan polis dituduh menyerang pegawai kanan be...
5 comments:
Patutnya dia 'direhatkan' oleh Uitm bukan sebaliknya. Semoga siasatan xmengenal 'bulu'
Untuk berlaku adil pihak polis kena siasat dg cepat dan telus. Jangan tinggal siasat tanpa ada tindakan susulan kerana Selection Investigation .Dinegara kita semua kes VIP berakhir atas file KIV kesan sistem FEUDAL yg semakin menebal.
Prof, kalau nak tahu itulah peranan laman sosial. Menyebar dengan pantas dan meluas. Zaman sebelum ada internet dan media sosial rakyat tidak dapat maklumat tentang isu2 sensitif. Sebab itu kalau ada problem boleh kau tim punya. Sekarang ni susah sikit nak kau tim. Kalau boleh kau tim pun, rakyat tahu perkara sebenar.
Kalau budak itu buat fitnah, mcm mana. Cuba masa polis siasat nanti minta slip result semua semester dia, kalau result cemerlang 3 ponter itu ok. Tapi kalau ok, kenapa pensyarah panggil jumpa dan ada 2 lagi kawannya di situ? Oh ya tak ya, kalau result dia ok, yg dia pergi juga ke bilik pensyarah tu buat apa? Kenapa ramai yg lain tak dipanggil pergi jumpa ek? Math subjek 4 jam kredit pula tu. Ini mesti kes malas belajar atau otak lembab. Last2 pegi jumpa pensyarah minta tolong luluskan juga, tak dilayan dah tu mengamuk. Dlm usaha menepis amukan, tentu berlaku sentuhan. Kemudian buat repot bercanggah dgn yg sebenar, untuk menutup kelemahan sendiri.
Budak perempuan zaman kini bukannya boleh dipercayai sangat, sesetengahnya nampak je baik, tapi hampeh. Ada yg baik dan tidak kurang yg hodoh perangai. Antaranya boleh tengok http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=502346. Jadi dlm kes pelajar itu janganlah terus percaya, perlu disiasat dulu.
Anon 8:42pm
Macam mana awak tahu?
Post a Comment