GAMBAR SEKUMPULAN MUSLIM DI GEREJA BUKAN DI MALAYSIA:
Penyebaran gambar-gambar melalui media sosial yang seakan-akan cuba membayangkan bahawa sekumpulan muslim terlibat dalam aktiviti keagamaan di sebuah gereja, telah mencetuskan kegusaran dan ketidaktenteraman di kalangan masyarakat Islam di negara ini.
Adalah disahkan bahawa gambar-gambar tersebut BUKAN melibatkan sebarang rakaman upacara yang berlaku di Malaysia. Pihak polis juga tidak menerima sebarang laporan rasmi berhubung isu ini.
Orang ramai dinasihatkan untuk tidak memuat naik atau menyebar sebarang bahan yang tidak sahih melalui media sosial kerana ia berupaya menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam.
ACP ASMAWATI BT AHMAD
PEN. KETUA URUS SETIA KPN (KOMUNIKASI KORPORAT)
Berita palsu gambar wanita melayu bertudung dalam gereja tersebar.
Untuk info, gambar yang mencetuskan kontroversi itu bukanlah dari Malaysia tapi berlaku di negara jiran iaitu Indonesia.
Menurut salah seorang pengguna dilaman sosial, kunjungan itu datang daripada mahasiswa islam di salah sebuah Universiti di Indonesia.
Tujuan utama lawatan tersebut adalah untuk menjalin hubungan dua hala antara agama Islam dan Kristian.
Berdasarkan lawatan tersebut, mahasiswa didedahkan dengan fahaman dan ajaran gereja Katolik manakala gereja juga didedahkan dengan cara umat islam menunaikan solat.
No comments:
Post a Comment