FOTO (kiri) wajah Emma Maembong yang diubah suai dengan diletakkan ‘tompokan air mani’, manakala gambar kanan adalah gambar asal pelakon itu dalam telefilem Yess Boss Raya. Hari ini Emma tampil dengan menyelar sikap pihak yang tidak bertanggungjawab dalam mengubahsuai gambarnya itu sebagai tujuan memburuk-burukkannya. – Foto BHonline
KUALA LUMPUR: Emma Maembong menyelar sikap sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab mengubahsuai gambarnya untuk tujuan memburukkan kekasih hati kepada Zizan Razak itu.
Pelakon telefilem Yess Boss Raya terbitan Zeel Production di TV3 jam 9 malam itu tidak gusar dengan penyebaran gambar yang menampakkan tompokan yang kononnya air mani di wajahnya.
Gambar berkenaan kini tersebar dan menjadi sebutan di alam maya.
“Saya tak takut kerana semua ini memang cubaan untuk menjatuhkan nama saya. Saya ada gambar asal. Jadi kepada yang cuba membuat onar, bawa bertaubatlah.
“Saya ikutkan malas nak layan semua ini kerana tidak mendatangkan faedah langsung. Tapi ini ruang untuk saya perbetulkan perkara yang memang tak betul,” katanya.
Telefilem Yes Bos Raya diarahkan Pyan Screw dan turut dibintangi Fahrin Ahmad, Noorkhiriah dan Norlia Ghani.-BH
No comments:
Post a Comment