Nuffnang

Friday, November 28, 2014

Mayat Disangka Sampah..mayat seorang Budak Lelaki


  • Mayat kanak-kanak diusung untuk dibawa ke Bilik Forensik HSNZ, Kuala Terengganu, semalam.Mayat kanak-kanak diusung untuk dibawa ke Bilik Forensik HSNZ, Kuala Terengganu, semalam.
 1 / 2 
KUALA TERENGGANU - “Pada mulanya pakcik ingat sampah, tetapi pakcik tak tahu kenapa hati rasa tak sedap. Jadi, pakcik terus tenung objek tu dan terkejut apabila ternampak dua belah kaki manusia.”

Demikian kata Mustafa Ngah, 61, yang berasal dari Kampung Pantai, Kuala Ibai, di sini.

Dia merupakan individu pertama yang terjumpa mayat seorang kanak-kanak lelaki dianggarkan berusia 10 tahun yang terdampar di pesisir pantai, dipercayai lemas di Pantai Kuala Ibai, di sini, petang semalam.

Menurutnya, dia bersama beberapa ahli keluarga lain ke pantai berkenaan kira-kira jam 3 petang untuk mencari hasil laut terutamanya kerang yang dipercayai turut boleh didapati di pantai tersebut.

“Semasa sampai di situ, kami anak-beranak terus berjalan di pesisir pantai sambil mencari hasil laut terutamanya kerang yang dipercayai turut terdapat di sini sejak belakangan ini.

“Ketika itu, dari jauh pakcik ternampak satu objek yang agak pelik sedang bergolek-golek di pesisir pantai akibat dihempas ombak.

"Mulanya pakcik fikir ia hanyalah sampah, tetapi hati mula rasa tak sedap," katanya.

Keinginan untuk tahu lebih lanjut, Mustafa mengamati objek itu agak lama sehingga dia ternampak dua kaki manusia.

"Pakcik sangat terkejut apabila mendapati objek bergolek itu manusia setelah melihat dua belah kakinya," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Jelasnya lagi, yakin objek yang disangka sampah itu adalah mayat manusia, dia terus menjerit memanggil ahli keluarga lain bagi mendapatkan bantuan mengangkat mayat tersebut.


Kembang menangis tengok mayat


Sementara itu, Kembang Ismail, 69, yang turut berada bersama Mustafa semasa mayat tersebut ditemui berkata, ketika Mustafa yang juga sepupunya itu terjumpa mayat berkenaan, dia berada tidak berapa jauh dari lokasi kejadian.

“Makcik memang ada ternampak dia (Mustafa) mengangkat sesuatu objek dan menyangka dia telah terjumpa seekor ikan besar, bagaimanapun selepas terdengar Mustafa menjerit bagi tahu jumpa mayat, makcik terus cepat-cepat hampirinya.

“Sebaik lihat mayat itu, makcik menangis kerana terbayangkan anak makcik, hanya ALLAH SWT yang tahu perasaan makcik ketika itu,” katanya.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung