Nuffnang

Tuesday, November 25, 2014

Tinggal kepala Manusia depan restoran



Bukit Mertajam: " Ini kurang ajar," kata pengusaha restoran yang hanya
 mahu dikenali sebagai Man, 40, yang menemui bungkusan plastik hitam
mengandungi kepala lelaki yang ditinggalkan di hadapan kedainya di Lorong
Impian Ria 5, Taman Impian Ria di sini, petang tadi.
Man berkata, sebelum kejadian jam 4.30 petang itu, beliau sedang menyapu
 sampah sebelum terlihat bungkusan mencurigakan itu yang pada mulanya
disangkakan mengandungi bom.
Beliau berkata, dalam keadaan cemas itu, dia meminta rakannya membuka plastik berkenaan dengan perlahan-lahan bagi melihat isi kandungannya.

"Kepala itu dibungkus menggunakan tiga lapis plastik hitam dan selepas
membukanya kami mula merasa berdebar kerana melihat rambut yang
disangka bulu bangkai haiwan.
"Namun, selepas semuanya dibuka saya tergamam kerana melihat kepala
manusia tanpa kedua-dua belah telinga berlumuran darah dalam bungkusan
 itu," katanya.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung