Gambar Wanita Tipu KWSP "Pengsan" Selepas Ditangkap !!! | Sebuah Gambar yang menjadi
viral sejak 3 Disember lalu apabila wanita yang dipercayai menipu orang ramai
bagi mengeluarkan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ditahan di Kuala
Lumpur Sentral.
Wanita
yang berusia 48 tahun itu dipercayai menyediakan perkhidmatan kepada orang
ramai yang mempunyai masalah kewangan di laman sosial dan mahu mengeluarkan
wang KWSP dengan cara mudah selain membantu mendapatkan kelulusan pinjaman dari
bank. Dipercayai berasal dari Subang Jaya, wanita ini sudah aktif sejak 2011
juga turut menawarkan bantuan untuk menjual kereta dengan harga yang berpatutan
selain membantu peminjam senarai hitam untuk membuat pinjaman.
Video
yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Facebook, T Annomey Bengkak dengan
kapsyen ‘akhirnya tertangkap’ itu mendapat lebih 147 ribu penonton dan pelbagai
komen dari orang ramai. Wanita dalam video itu dilihat ditahan oleh seorang
lelaki dan wanita yang dipercayai menjadi mangsa penipuan sehingga kerugian
RM700 hingga RM3,500 sebelum dikatakan membuat laporan di Pondok Polis KL
Sentral.
Modus
operandi yang digunakan wanita ini adalah dengan membuat mangsa terdesak untuk
membuat pinjaman dan dia dikatakan dapat membantu memudahkan urusan pinjaman
kerana mempunyai kenalan dengan pihak bank. Mangsa kemudiannya akan dikenakan
bayaran RM500 hingga RM5,000 sebelum membuat urusan pinjaman bank. Wanita itu
juga menggunakan pelbagai alamat email bagi mengaburi orang ramai yang
memerlukan bantuannya.
Annomey
turut memuatnaik gambar wanita itu yang dibawa ke pondok polis untuk ditahan
bagi siasatan dan mempersoalkan tindakan itu yang berpura-pura pengsan ketika
berada laporan dibuat. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten
Komisioner Muhammad Azlee mengesahkan kejadian seorang wanita yang ditahan di
KL Sentral kerana didakwa menipu.
Menurutnya,
suspek dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan.
“Kita ada menerima maklumat satu kes penipuan melibatkan RM400 di daerah ini
yang dilakukan suspek, namun pengadu enggan membuat laporan polis. “Kami
merujuk kes ini di IPD Dang Wangi untuk siasatan,” katanya. via aans1.
No comments:
Post a Comment