Nuffnang

Thursday, January 8, 2015

Abby Abadi menegur sukarelawan Banjir Wanita Tidak Menutup Aurat


KUALA LUMPUR - Abby Abadi menegur sukarelawan wanita yang memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur, menutup aurat dan tidak mendedahkannya kepada lelaki bukan muhrim.

Teguran itu dibuat oleh Abby melalui laman Instagramnya.

Abby berharap, tegurannya itu diambil positif oleh sukarelawan wanita kerana adalah wajib untuk wanita Islam menutup aurat.

“Saya tertengok gambar misi bantuan banjir  sekarang ini, ramainya pergi membantu, tetapi aurat tak terjaga. Allah nak  tolong macam mana? Sedih, ingatkan sebab sayang. Usahalah untuk tolong diri  sendiri dulu, selepas itu, baru usaha untuk tolong orang lain pula.

“Aurat itu aib kita, dibelanja ikut suka azab,  seksanya tak terkira. Ada yang dah tertutup sempurna, syukur sangat! Baik sangat  hati budinya pergi menolong, bersihkan rumah, bersihkan lumpur, tapi siarkan  juga gambar mangsa yang tidak menutup aurat.

“Tak tahu tentang dosa aurat ke macam mana? Yang  mendedahkan berdosa, yang menyebarkan dapat saham juga. Fahamilah bersama ya,” tulis Abby dalam Instagramnya.

1 comment:

Anonymous said...

Ni yg aku malas pergi tengok kwsn banjir. Bini2 org dgn izin suami masing2,awek2 dgn izin parent suka 'BELANJA & RAWAT' sakit mata aku!!

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung