Tahukah anda mengapa OKU dan keluarga OKU memerlukan petak PARKING OKU?
Salah 1 faktor adalah situasi seperti ini. Mungkin pada pandangan anda tiada apa yg silap. Bagaimana si bapa bersusah payah mengangkat anak OKU nya melalui ruang yang ada untuk meletakkan anak di kerusi penumpang?
Adakah mudah untuk mereka? Mungkin mudah untuk anda yang sihat tubuh badan, tapi tidak untuk mereka.
Begitu mudah anda merentap hak mereka sedangkan kuota tapak parking OKU hanya ada 1 atau 2, mungkin 3 petak sahaja di setiap lokasi.
Mungkin diminda anda, hanya pemandu OKU sahaja yang layak untuk menggunakan petak tersebut. Ada juga yang berpendapat agar keluarkan dahulu kereta tersebut sebelum memasukkan/keluarkan anak.
Tetapi, jika si bapa berdua sahaja dengan si anak pada ketika itu wajarkah dibiarkan sahaja anak berseorangan di tepi kereta dulu? Jika anak OKU tersebut diculik atau dilanggar oleh orang lain sementara si bapa sedang sibuk mengeluarkan kereta, siapa harus bertanggungjawab?
Renung – renungkan.....Jangan disalahgunakan petak OKU kami!.
Jom jadi agen kami prihatin dengan membantu "share" maklumat ini pada masyarakat. #aduanOKU #HentikanDiskriminasiOKU
No comments:
Post a Comment