Gambar Hiasan
PULAU PINANG - Berang ditegur dan dikenakan saman oleh seorang anggota polis trafik, seorang bapa dan anak lelakinya bertindak biadab meludah serta menampar anggota terbabit di Jalan Patani, malam tadi.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 9.50 malam tadi, dua beranak terbabit yang masing-masing berusia 67 dan 31 tahun, gagal mengawal marah setelah rayuan mereka agar tidak disaman tidak dipeduli oleh anggota berkenaan.
Dua lelaki itu disaman di atas kesalahan tidak memakai tali pinggang keselamatan dan memandu dengan lesen memandu yang telah tamat tempoh.
Berang dengan rayuan yang tidak diendahkan, dua lelaki itu mula memaki hamun anggota PDRM itu selepas ditahan.
Gagal mengawal kemarahan, suspek kemudian meludah dan menampar muka anggota tersebut yang bertugas di IPD Timur Laut ketika mahu menyerahkan surat saman untuk ditandatangan.
Dua anggota polis peronda yang ternampak kejadian itu terus bertindak menahan kedua-dua lelaki itu yang berasal dari Bukit Mertajam.
Kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan.
No comments:
Post a Comment